Oct 20, 2009

.PCG tu apa?

Selamat siang semua.

Dekat rumah aku ni, ada sorang pakcik. Pakcik ni ada berniaga goreng pisang dekat bawah rumah ni. Dia jobless, tapi dia pandai cari duit makan. Berniaga macam-macam. Dari jual goreng pisang sampai jual bundle.

Dia boleh kira semua orang kenal lah dekat sini. Dia ada great rapport with all the students yang tinggal dekat sini. Cuba bayangkan masa first day aku pindah sini, aku tersangkut dekat bawah sebab tak ada kunci rumah. Jadi aku tunggu dekat bawah sambil berkepul-kepul rokok aku isap. Dah la tengah sakit perut, layan rokok at least dapat lah kurangkan kerengsangan aku nak mencirit. Heh.

Dengan tiba-tiba dia datang, dan tanya aku macam-macam. Memula aku ingatkan polis nak soal siasat aku kalau-kalau aku ni underage yang isap rokok. Dia tanya aku macam dah lama kenal aku. Macam tau-tau aku datang dari Ipoh. Macam tau-tau aku dari Uitm Penang. Aku rasa dia ada ilmu hitam sebab boleh predict semua yang aku nak cakap.

Dia memang baik. Selalu hantar makanan. Selalu bawak baju-baju bundle dan bagi kami free. Bini dia pun sama baik. Kalau beli makanan rm2 dia tambah sampai jadi rm4.

Tapi dia ada satu masalah saja. Dia suka gebang. Untuk sapa-sapa yang tak tau gebang tu apa, gebang tu maksud dia suka cakap besar, dan menjerumus ke menipu.

Macam-macam pakcik ni gebang kitorang. Nak balik kampung lah, nak berniaga ni lah, itu lah. Haih. Hari tu dia cakap nak bukak kedai jual macam-macam lepas raya. Ni dah habis raya pun tak bukak-bukak lagi. Kadang-kadang letih melayan dia ni. Dia gurau kasar. Maklum lah orang Utara. Tapi kasar dia kadang-kadang melampau. Tepuk tampar macam keling. Uncle kuat terkejut bawah ni pun tak macam dia. Dah la cakap suka jerit.

Dia kata dia pengerusi JKKK kawasan sini. Tapi setahu aku majoriti ahli JKKK kawasan sini semua dikuasai golongan pekerja Estet Midland berkulit gelap. Macam mana dia boleh sangkut ada dalam tu? Pengerusi pun hari tu bukan main ucap selamat hari Deepavali dekat bawah, disambut riang dengan bunyi mercun dan hilai tawa anak-anak keling kawasan sini. Aku tak rasa pun yang berucap hari tu dia. Tapi yang aku yakin pengerusi itu adalah QQQ, mengikut riak wajah yang seakan-akan dia. Haha.


Gambar : QQQ, Pengerusi JKKK kawasan flat PKNS sedang tunggu turn beri ucapan Deepavali. Gambar ehsan curi-curi tangkap.

Jangan tanya aku macam mana QQQ boleh meraih undi. Aku rasa cukup sekadar dia tunjuk IC dia dekat penduduk sini. Dan sedikit belaian kasih sayang pedophile. Sekali lagi aku nak pesan, budak kecik umur 17 tahun ke bawah sila elakkan dari in contact dengan dia.

Jadi apa itu PCG? PCG adalah nama panggilan untuk pakcik tu. Mengambil sempena nama PAK CIK GEBANG, atau PCG shortnya.

Kalau kau rasa pakcik ni kuat gebang, sila klik nuffnang aku tanda setuju. Heh.