Jan 27, 2010

.padan muka kau aduka taruna [karma]

Selamat siang semua.

Tadi, aku merayau. Aku bukan lah otaku komputer sangat sampai dari pagi sampai pagi esok online. Ada jugak masa aku nak mandi, makan, masturbasi, bersukan (atas katil) dan tonton bola. Heh.

Aku keluar sebab nak hisap rokok. Dah berapa jam tak isap, sangap! Last malam semalam masa bersenggama dengan Paraxixth dan Kemai. Karaoke lagu macam bodoh. Menyesal aku amek lagu-lagu tu. Bodoh apa lagu duet nak nyanyi sorang-sorang.

Aku amek port baik punya. Dekat kedai area Station 18. Port yang aku yakin semua makcik-makcik suka ambil tahu hal orang lain dan pakcik-pakcik mulut kepoh takkan jejak. Aku park sembunyi-sembunyi.

Lighter tak ada. Aku start balik kereta, guna lighter kereta. Sedutan pertama memang nikmat. Nikmat macam kau dah lama duduk Egypt dan dah lama tak merasa makan sambal belacan dekat Malaysia. Kalau nak lagi extreme lak nikmat masa kau lepas teran taik masa berak taik keras. Cukup sinonim aku buat?

Separuh batang aku isap. Bukan batang zakar. Sila harap maklum. Kemudian aku nampak ada sorang abang ni, naik motor. Hensem. Pakai pun smart. Aku rasa dia sejuk, so dia pakai sweater beli dari Universal Traveller. Naik motor kapcai. Dia pun ambil port parking depan kereta aku.

Dia tanggal helmet. Rambut ikal mayang. Kulit mulus sawa matang. Nampak macam orang baik-baik. Dia datang dekat aku.

Aku bajet dia nak hisap rokok senyap-senyap macam aku jugak. Tapi takkan lah, umur macam dah nak masuk 30, takkan masih takut kantoi dengan mak lagi.

Ini konversasi aku dengan dia.

Abang Hensem : Assalamualaikum dik.
Aku : Walaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh, ustazah.
Ok hiperbola.

Dia hulur tangan. Nak salam. Bukan salam macam pekida tu. Salam sebelah tangan. Biasa lah, lelaki tua akan ego sikit dengan lelaki lagi muda. Aku salam balik. Sebelah tangan juga. Ego.

Abang Hensem : Abang nak tumpang tanya, dekat sini mana ada tempat snooker?
Abang cakap slow saja. Romantik. Cover macho mungkin.
Aku : Ada dekat belakang tu ha.
Aku jawab sambil juih mulut ke belakang. Aku malas sikit nak jawab. Tengah sedap layan rokok ni.

Abang Hensem : Ni abang nak tanya lagi. Dekat snooker tu, ada mesin Butterfly tak?
Aku tersentak. Aku biasa dengar ayat mesin butterfly ni. Aku comfirmkan balik.
Aku : Butterfly? Apa tu?
Abang Hensem : Ala yang judi tu. Yang boleh bet berapa nak, tengok kalau kena, menang besar.
Aku dah agak dah. Haih. Kutu judi.

Aku : Oh yang tu ke. Tau-tau. Abang keluar dari area ni, abang g straight je sampai hujung jalan, then belok kanan, straight sampai simpang tiga, belok kiri lak, then straight, belok kanan, straight, belok kanan lagi. Sampai la.
Abang Hensem : Oh terima kasih dik. Abang bukan apa, bosan-bosan ni baik Abang cari duit lebih sikit. Abang gerak dulu ye.

Sekian konversasi.

Aku tunjuk dia jalan pergi Madrasah Al- Hidayah. Moga-moga dia temui jalan keinsafan.

Bosan judi apa, pergi mengaji lah.

Post Scriptum : Apahal tajuk macam tak ada kaitan? Sebab aku saja buat gempak.

Post Scriptum 2 : Apsal entri ni macam kau pernah baca je? Sebab aku recycle entri lepas. Karma hurts kan? Haha

29 journeyed together:

Huda Luna said...

hahah

ok dh phm

cesh!

Aidi-Safuan said...

wat the fannnnnn!
xde kena mengena langsung!
okay tertipu. sila bayar balik masa emas yang da ilang tadi.

Drunbella Khoo said...

hahahahaha.
:D
apa lah.

Yuki Yusuf said...

jadi kat sini gua yang kena karma?
apa salah gua?

shax said...

aku nak bengang gak mulamula kena tipu.

tapi tibetibe part last tu cam best.

hahaa.
tabek ah kau tunjuk dia ke jalan yang benar

Jack-O said...

sesungguhnya kau lagi saiko daripada abang hensem tu.

aemy said...

aku memang penyabar ok!

Nurul Huda Rahim said...

ni kesah benar ke? isk. bkn apa. aku meragui la part 'Aku tunjuk dia jalan pergi Madrasah Al- Hidayah'. haha.

khasyikelvin_ said...

dah baca dah,
entry recycle la...
boring!
kah kah kah!

.millalara. said...

ok, sila rujuk komen pd entri ini suatu keika dahulu. heh~

Dina Zakaria said...

siot la weh!!

greenhall said...

aku rasa brader tu sb la. haha





-karma police

Unknown said...

erk...tu ar ase cm penah bace jerk...hehehe

p/s: kepada greenhall...ko pn suke lagu karma police ke?

kawie2020 said...

hahhahahahahha... aku paham.. hahhahahahaha...

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hahah kurang hasamjawa! patut la sebijik2 mmg rasa dejavu! haha recycle rupenye!

afiq said...

sesilap die insap tak? pas die smpai kt madrasah th... mungkinkah.....

Unknown said...

hahahaha
steady la ko sigg...respect gler ak....lawak tol la...pdn muke abg tu =P

Rara said...

Heh,ptot mcm pnh bace..

N said...

HAHA.Sempoi je ayat kau

lumut said...

ak pnh bace kot..cehh

Ainee Cumi said...

hahhahah! kelakar dowh! nasib baik ko tak tulis "u belok kanan belok kiri kanan then terus then belok lagi then straight then u straight je dont belok-belok"..memang aku jumpa ko depan depan terus bagi penyepak..aahahhaha!

Kaleidoscope said...

I used to be a silent reader/follower. But I couldn't stop myself to give my first comment..This entry is hilarious...wakakaka..Good one:)

daun kesum said...

nk komen,,tp xdop idea la tok,.,

kui2,

salam kenal,.
1st tym singgah sini,.,

daun kesum said...

nk komen,,tp xdop idea la tok,.,

kui2,

salam kenal,.
1st tym singgah sini,.,

fezaL Mohd said...

entry dulu
gua kecewa . haa

miss lolly a.k.a luvfareda said...

wakakakikikiki bangku betul.

s4m said...

la..apo kono ngn korang brduo ni..
rileks, cool man!

atiqahidrus said...

lol siot ko, aku dah bca nih.
spa aduka taruna. suma ckp sal dia.

tkah. said...

lol siot ko, aku dah bca nih.
spa aduka taruna. suma ckp sal dia.