Selamat siang semua.
Semalam aku bantai tido puas-puas. Boleh dikatakan beberapa jam saja aku celik mata, selebihnya aku lena dibuai mimpi.
Biasalah bila tido dah banyak sangat, sampai sebelum subuh aku dah macam tak larat nak tido dah. Jadi aku tidur-tidur ayam saja. Kadang-kadang terlelap balik, kadang-kadang sedar. Dan waktu-waktu aku terlelap balik tu aku termimpi binatang buas. Aku mimpi ada ikan jerung nak makan aku. Aku berenang laju gila nak selamatkan diri tapi laut luas, serupa tak ada efek pun kalau aku berenang laju-laju. Last-last aku kena gigit dekat tangan. Sakit dia bukan kepalang.
Dan-dan aku tengah syok melayan sakit kena gigit, mama kejut aku dan cakap sesuatu dekat aku.
Aku tersentak, terus jawab, "Ma, tangan darah"
Mama gelak sambil cakap, "Macam-macam la alasan kamu taknak sembahyang ye! Mana tangan darahnye?"
Direct terus aku sedar dari mamai. "Sori ma, mamai"
Terus bangun, ambik air sembahyang, dan solat.
Lepas solat, cakap dekat mama, "Harini mama tak payah masak, biar adik masak.", sambil peluk dan ucap Selamat Hari Ibu.
Ambik kunci kereta lepas tu pergi pasar pagi beli kerang dengan ikan bilis.
Sampai rumah, korek-korek nasik yang sedia ada, tumbuk ikan bilis, dan buat nasik goreng. Opah Timah dah pelik dah. Mungkin dalam hati dia cakap, aku ni bini mama. Bukan boleh percaya sangat dia tu.
Lepas tu tanak nasik baru untuk makan tengah hari. Pergi belakang rumah potong daun kunyit. Aku kalau bab-bab jenis daun memang aku cukup expert kalau nak dicompare dengan anak perempuan mama yang lain. Suruh amek daun serai dia pergi potong daun keladi. Haih perempuan-perempuan.
Rebus kerang dengan daun kunyit. Buat kuah asam sekali. Tepat-tepat sebelum Melodi makanan tengahari siap.
Mama sekarang tengah syok makan kerang dengan kuah asam sambil khusyuk melayan gosip dekat TV. Opah Timah tengah mengarut apa aku pun tak tau.
Sapa taknak amek aku jadi anak angkat dia memang rugi.
Sugar mummy semua, mahu? Isi borang, ambik angka giliran, dan tunggu sehingga anda dilayan.
Post Scriptum : Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-Ibu di dunia, baik Ibu sebenar, Ibu Gula (baca : Sugar Mummy), Mak Ayam, dan Mak Nyah.
May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 journeyed together:
ibulah segalanya...
awak ni dlm mimpi pun leh jd swimmer eh
eceh pndai masak nmpk
mama x komen ape2 ke?
huhu
nyah mak nak amik kau jadi protege mak tahun depan,ko nak x nyah?
selamat hari ibu
sekian
selamat hari mok.
hahaha.
anak mithali la ko neh!
bangga aku jadik follower ko!
hahaha
mesti awek ko duk tersengeh2 je bila bc sbb dlm hati dia ckp 'beruntungnya aku nnt dpt husbnad cmni, leh la dia msk slalu, aku goyang kaki je'. wakaka
x-po oi aku lg suka memasak kot
heh
untung mak kamu..=)
haha. bahagia ank2 korg nnt. huda tuh dah ar hebat masak gk. wuhu. selamat hari ibu nox. mak terharu. mak tersenarai dalam ucapan u. haha.
kalau mak kau tak sakit perut lepas makan tu, kau lulus jd anak ayam aku hahaha
wahh. boleh tahan gak kau ni. mcm tak percaya
Post a Comment