May 16, 2010

.sedap tak makan pagar?

Selamat siang semua.

Encik Ariffin ni seorang guru yang berdedikasi. Cukup dedikasi sampaikan sanggup bawak anak murid balik rumah untuk ajar bagi pandai Bahasa Inggeris. Hari-hari belajar grammar, hari-hari kena tulis karangan. Aku tengok budak tu muka dah macam benci gila nak belajar Bahasa Inggeris.

Encik Ariffin ni kalau bab-bab belajar ni memang cukup garang. Dia tak pakai rotan, tapi tangan. Dan oleh kerana faktor obesiti, telapak tangan dia cukup besar sampaikan kalau kena penampar, boleh fikir nak pindah sekolah mana dah.

Tapi Encik Ariffin ni ada satu saja malas dia. Dia malas nak mark kertas peperiksaan anak murid dia. Dia selalu bagi tugas-tugas marking ni dekat anak-anak dia.

Rumah aku jenis kalau nak suruh buat apa-apa, mesti ada upah. Tugas marking ni dia bagi upah satu set jawapan 10 sen. Ini boleh dikira kaya kalau nak dibandingkan upah cabut uban Puan Hamizah. Gila kau, sehelai uban yang ditarik tanpa putus urang aring baru 1 sen. Memang tak boleh cari makan macam ni.

Biasa Encik Ariffin akan bagi tugas marking ni pada anak yang paling besar. Jadi yang kaya abang sulung aku la. Dah kaya beli JoJo lepas tu dapat hadiah berlagak dengan adik-adik. Macam celaka.

Tapi lepas beberapa tahun tugas tu jatuh pada aku. Cukup seronok dapat pegang pen merah sambil mark jawapan budak-budak tu. Memang cukup seronok pangkah jawapan salah kasi besar-besar sampai penuh satu paper. Dan kalau ada yang betul semua, aku buat 5 bintang comel-comel tanda tahniah. Puas hati.

Soalan tak susah pun, soalan untuk budak-budak Form 1 memang cukup kacang. Kau hanya perlu isikan jawapan yang sesuai dengan teks.

Dalam kotak : Gate, Chicken, Chair, etc etc..

1. I sit on the ______.
2. Everyday I eat the ________.

Ada sorang budak tu cukup bijak pandai.

Jawapan dia

1. I sit on the chicken.
2. Everyday I eat the gate.


Aku kasi betul. Siap kasi bintang lagi. Logik lah jugak kan duduk atas ayam dan makan gate.

Dan lepas tu Encik Ariffin check balik apa aku mark, dia pulak duduk atas aku dan bagi aku makan gate.



Selamat Hari Guru.


Post Scriptum : Sampai sekarang aku masih tak faham kenapa kalau Hari Guru, budak-budak yang kena buat performance atas pentas. Hari kanak-kanak tak pulak cikgu kena berlakon jadi pokok.

38 journeyed together:

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

haha cam celaka

selamat hari guru encik ariffin

ko juga siggplus,guru seksula

sekian

. said...

ko sebak tak buat entri ne?

Huda Luna said...

haha
makan gate byk perisa kot
selamat hari guru utk abah

eh btul gak npe hari kanak2 guru x perform plak

Berd said...

untuk kau. selamat hari guru. belog ni banyak mengajar aku cara-cara melucah.

gadis sebelah pintu said...

hahahaha. lu kasi gua idea nk apdet.

siggplus said...

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro : guru seksula? kau nak sula aku ke? aku masih suci di lubang dubur lah. sempit kalau kau nak merasa sula aku ni.



hananchiwi : tak, sebab aku tanak buat entri sedih




Huda Luna Moonfang : ha tu la pasal. tak puas hati kot diorang tak perform masa hari kanak-kanak.

gate bnyk perisa ke?




Berd : aku pulak ajar. aku tak bukak kelas mengajar dekat sini. apatah lagi melucah.

siggplus said...

GSP : lu kena kasi gua duit sbb gua kasi lu idea update. boleh?

✿ Cik Nadyaa ✿ said...

Dulu pun aku biasa tolong mak aku mark kertas jawapan..
Satu set 10 sen..Satu kelas RM3.50..
Kalau 5 kelas..WOwwww..HAHAHAHA..

Vanilla Popsicle said...

5 bintang comel-comel?
hahahaha!

Razman said...

cakap betul2, kau buat 5 bintang ke, 2 telur? jujur.

siggplus said...

Nadya ©™ : ha kaya kan? kurang2 lepas la nak beli dindang 6 kotak



vanilla popsicle : 5 bintang comel-comel la. ala yang jenis macam yahudi tu. 2 segitiga gabung. aku ingat budak tu mesti ingat aku budak black metal. heh




Razman : jujur 5 bintang. 2 telur nak buat apa. dari aku buat 2 telur, elok aku tambah batang sekali dekat tengah2.

Berd said...

belog ni aku boleh buat back up. kalau ada yang tak puas hati. "woi apa hal kau melucah?" selamba je aku cakap, "belog siggplus pon melucah."

cerita tamat.

siggplus said...

berd : jadah lu. haha

jangan jadikan blog aku sebagai kambing hitam untuk kau lepaskan diri.

aku melucah tak apa, kau tu kan ustak, kena jaga imej dengan penampilan. takkan kau nak berzikir dalam club kot, tak pn pakai kopiah tapi menyula Manager Tandas

Verdict said...

pukui tiga pagi stengah aku bace entri ni mg gelak tak putus laa...

memang logik duduk atas ayam n makan gate. bhahahaha..

cikgu mane sambot hari kanak-kanak.
cikgu sambot diri sendri je.

salam hari guru buat en ariffin

violetless said...

aku da tau napa ko kurus..takyah la ko tau camna aku tau..

ko tanak ucap selamat ari guru kat aku ke?

deus X machina said...

Sekolah gua cikgu perform apa time hari guru...siap nasyid lagi...

Aslina said...

skolah gua dulu. time hari guru je mesti ada game untuk cikgu2.

time ni budak2 balas dendam kaw2. heh. gua simpan untuk entry hari guru gua tahun depan.

tahun ni gua cadang nak ajak kumaraguru pegi sambut hari guru.

enyheartsdiamond said...

tehehehe.. encik arifin ni macam ustaz sayalah..malas mark kertas exam!

enyheartsdiamond said...

tehehehe.. encik arifin ni macam ustaz sayalah..malas mark kertas exam!

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hehehhee sedap la ek mkn pagar :) ape kata u try to sugget to the teachers club.. suruh diorg jd pokok ke bugs bunny ke, carrot kt, time hari kanak2 :p

Jard The Great said...

exploitasi kanak2 hanya dibenarkan pada hari guru je.. pasal tu ar.. erk! wakakaka

Kuwe said...

Haha.
macam cilake.
Kalau makan dalam macam mana?
eat on barangkali.

siggplus said...

Fiq : logik kan? sebab tu aku bagi betul. heh

cikgu patut sambut hari kanak2 gak.




violetless : nape aku kurus?

kau bukan cikgu nk aku ucap selamat. setakat ni kau tak ajar aku apa2 lg. heh




deus X machina : sekolah lu sekolah pelik. gua bajet kt skola lu mesti ada ramai makhluk mutasi kan?




ninaneno : haha sapa kumaraguru? macha ke?



enyheartsdiamond : malas sangat! kadang2 1 tahun dia biar tak mark. time nak evaluation baru kelam kabut nak mark. heh




|arieza| : sedap la tu, sebab tu budak tu cakap dia makan pagar. haha. aku nak suruh diorang jadi wonderpets. ok tak?

siggplus said...

Jard The Great : jadi exploitasi guru2 kenapa tak boleh pada hari kanak-kanak?




Kuwe : Mungkin eat inside. Macam Pentium Inside

Anonymous said...

hahaahh
Dah.
-Shax-

durrah said...

macam tak adil kan? cikgu tak pnah nak buat keje pelik macam mane murid wat keje pelik time hari guru

Marker Hitam said...

Gila kau cikgu nak jd pokok? Mau semua kena pokok tu 'tebang'. Geli pulak aku tgk cikgu lama lama ats pentas. Itu jd pokok, ok lagi. Kalu suruh menyanyi ke menari, tak ke tutup terus sekolah tu?

iamredranger said...

duduk atas ayam tu kire logik ah gak. konon2 nk mnunggang kude. tp mkn gate tu xlogik aku rase. trburai sume gigi nnt. huhu.

happy teacher's day en ariffin.

Anonymous said...

hahaha. terbaikkk! xD

atiqahidrus said...

entry sgt nice

PuanPepel said...

aku kena perform untuk smbtan ari guru td... kanak2 pn sila la perform untuk diri sniri..


~ko bajet comel la ek wat bintang2 comel tu...

Nurul Huda Rahim said...

selamat hari cekgu kt kau! err kau mengajar aku bersikap jujur dan ikhlas pasti dibalas dgn kebaikan. poyo tak? kah kah kah.

Anonymous said...

aku suke la blog ko!

siggplus said...

shax : apa lu gelak?



durrah : mmg tak adil langsung



marker hitam : ala kira cikgu pn kena sporting lah. ini stok nak hati gembira, tapi taknak gembirakan hati lain. kena win-win situation gak la



adjla : logik apa mkn gate. bukan susah pun. nganga ngap je. terburai ke tak belakang cerita, janji perut kenyang. heh



lee : yeah!



tkah : thank u sayang. haha



mier2merr : haha tu lagi tak boleh blah. kesian oh korg.

comel la. kau tak rasa comel ke? heh

siggplus said...

otak ketat : bila masa aku ada ajar benda2 baik? aku ajar benda2 haram dengan taboo saja. haha




anon : suke? pergi la ngorat. untung2 aku dpt mkn nasi minyak.

kawen jgn lupa jemput

redballerina said...

5 bintang comel-comel tak boleh blah
kau ada sifat kecomelan ke?
hak hak hak

izzahfarhana said...

haha lawak ah.kat sek dlu ada gak cikgu yg bt performance.ala bdak2 bt performance utk hargai cikgu2 la gamaknye

Aus MeLankoLik said...

hahahaka , bst gile .

aku tak pernah tepikir pun nape cikgu tak pernah buat show , hahahak