May 18, 2010

.simptom-simptom kau kena potong kuku

Selamat siang semua.



Di sini aku nak senaraikan simptom-simptom kecil yang menunjukkan kau kena potong kuku.

- Bila kuku kau dah mula patah.

- Bila kau main gitar, strumming kau jadi sangat berjaya walaupun sebelum tu strumming kau tak keluar bunyi langsung.

- Bila ada syarikat produksi panggil kau berlakon dalam drama bersiri Penunggu Bas Gunung Raya.

- Bila kau cakar orang guna kuku, orang tu dah boleh cepat-cepat pegi masuk wad kecemasan.

- Bila kau garu badan, kulit kau tercabut sekali dan melekat di kuku.

- Bila kau korek hidung, tak perlu masukkan jari banyak kali. Sekali korek sudah dapat angkut semua. Macam bulldozer.

- Bila mak kau tak ada pisau untuk siang ikan, dia gunakan jari kau untuk potong ikan dadu-dadu.

- Bila kau berak, kau ragu-ragu nak basuh bontot takut sisa-sisa yang di sekitar bontot termasuk celah kuku.

- Bila ada budak jalan dengan mak dia lalu tepi kau, budak tu cakap , "Mama, tengok tu, Wolverine!"

- Bila kuku putih cantik berkilat kau dah kumpul sejenis kotoran berwarna hitam.

- Bila kau makan, terlekat sisa-sisa makanan di celah kuku.


Bila fikir balik, bagus juga sisa makan terlekat celah kuku. Boleh kumpul masakan yang dimasak Puan Hamizah.

Bila aku teringat nak makan sambal telo, aku gigit kuku jari manis. Bila teringat sambal belacan, aku gigit kuku jari kelingking, Bila teringat daging masak hitam, aku korek dari kuku jari telunjuk.

Dan tak payah lagi susah-susah pergi Tesco untuk beli Dosa Mix. Kau hanya perlu gigit semua kuku dekat jari kau. Ye lah, kata orang saitan suka gayut dekat kuku panjang.

Multi purpose kan? Dengan cara ni kau takkan mengidam masakan ibu kesayangan kau dah.



Oh aku mengidam nak makan kari ayam Puan Hamizah lah, kejap aku gigit kuku jari telunjuk.

Nyum-nyum.

25 journeyed together:

durrah said...

hahaha ! ko pnah buat ke sigg? aku paling bnci orang kuku panjang pastu ade kaler2 lagi.. eeiiyyy

shaffique said...

bila cibuk, najis terlekat di kuku..haha..


My latest entry : Rima Fakih - Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA

Fitriah said...

haha yek!

hudhud said...

num 3 tu, tbb jgk ! haha

Ken Wooi said...

haha.. nice one!
i agree with them =)

cik panadol said...

bluwekk!!

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

ok wa dh potong kuku sebelum baca entry neh,how?

Nurul Huda Rahim said...

kah kah kah. pengotor weh. apa kata kau try geget kuku ibu jari kaki plak? lg tasty kot. haha.

arekymz said...

yucks!!
ko buat aku terbayang2..

Huda Luna said...

euuwwwwwww
please la sayang potong lah kuku kuku itu

lensa mata said...

harem jadah...hu~sakit perut aku dowh...haha~

iamredranger said...

kenyang ke gigit kuku? haha.

Reen said...

kalo kuku tangan kiri lak weh?
ko nak kumpul ape??
hahaha

Aizuddin Jaafar said...

Mak aih. Kalau Puan Jumariah tau ni memang dia masak kari dah kuku kau tu.

redballerina said...

terbaek la skill potong kuku kau

Berd said...

pornstar semua kuku panjang. untuk apa?

Unknown said...

hhaha geli.

Sharinginfoz said...

suka kuku pendek...

Jom Promote Blog

deus X machina said...

tak habis-habis dengan dosa mix lu
pahala mix ada tak?

Ainee Cumi said...

eee gelilah tang sisa makanan tu. KO NI!! &*^&*%$&$@#^(@&)(&@($^@

Aku terbayang woihhhhh!

siggplus said...

durrah : itu lah yang aku buat semalam. tapi harini aku dah potong, lepas tulis entri semalam tu. haha



syafiq : weh itu dah teruk sangat tu




fit : yek ke? ok apa.


hudhud : bagus apa kalau ada org pggl berlakon, boleh cari duit makan lebih sikit. cuma aset kuku tu kena jaga la. haha



kenwooi : u agree with who? me or my readers?



cik panadol : mengandung ke muntah2?

siggplus said...

manager tandas : itu masalah lu lah, ada gua kesah? hahaha



otak ketat : ibu jari kaki tak ada perasa tambahan selain daki dan cagu, jadi tak berapa tasty. heh



arekymz : imajinasi adalah bagus tahu?




huda luna moonfang : orang dah potong la yang.



a-m-i-r : kalau makan sisa-sisa bawah kuku pun boleh jadi penyebab sakit perut jugak tahu?



adjla : gigit kuku tak kenyang, tapi gigit sisa bawah kuku tu kenyang. lepas lah rasa mengidam tu orang kata



reen_sofee : kuku kiri kumpul taik lah. hahahah

siggplus said...

aizuddin : masalahnya, kalau dia masak kuku aku, kau nak makan ke? pikir baik-baik beb. haha



redplasticbag : hebat kan? kau nak belajar macam mana?



berd : aku tak tengok porn, jadi tak tau. kau tau ke kenapa?



ery farieha : banyak lagi perkara lebih geli dari ni. ini kira normal la tu



sharinginfoz : apa barang kuku pendek, tak cool

siggplus said...

deus x machina : dulu ada, tapi sebab orang sekarang ni lebih menggemari dosa, pembuatan pahala mix dah dihentikan. macam rokok pack 14 lah, pack 20 lagi untung kan.




baincardin : tak ada kena mengena




ainee : bagus lah terbayang. imajinasi itu penting. hahaha

Aus MeLankoLik said...

hahaahk , aku tak tahu nk komen ape , hahahak . kalau kuku kaki ape khasiat die pulak , cepat jawab , hahahak .