May 3, 2010

.pahit!

Selamat siang semua.

Masa study, semua kena tenang. Hati tenang, jiwa tenang, minda tenang. Kalau boleh langsung tak boleh ada gangguan anasir luar seperti bersukan, main PES2010, dan porno.

Selain tu jugak kita kena baca doa penerang hati serta solat yang khusyuk. Kita jugak tak boleh merungut bila tak boleh buat sesuatu soalan tu. Dinasihatkan jugak supaya tak menyumpah seranah lecturer, sebab kata orang nanti ilmu tak barakah.

Kalau boleh, kurangkan gelak sebab ilmu boleh mudah keluar balik. Tapi ini mustahil kalau nak dikira dengan budak-budak rumah yang selalu salah cakap, contoh suntik jadi cuntik, dan edisi melawan kentut, kumpul kentut dekat dalam tangan, dan pekap angin kentut tadi ke muka budak rumah.

Sangat mustahil untuk buang perasaan ingin gelak secara berjemaah.

Dan lebih elok kalau berkumpul ramai-ramai belajar ramai-ramai supaya ilmu tu senang masuk.

Tapi kalau waktu study, aku nak nasihatkan, bersihkan diri kau dari segala jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan.

Dalam kes aku sekarang ni, aku kurang konsentrasi untuk belajar akibat dari bau ketiak budak rumah.

Bau pahit, serious pahit.

Kalau compare dengan petai ke jering, bau ketiak sorang budak rumah ni memang cukup angker. Kalau bau ketiak dia adalah kebocoran radiasi, bau dia tahap kebocoran radiasi di Chernobyl.

Besok aku pasti, lepas habis paper, aku nak hadiahkan dia ubat ketiak seketul.

12 journeyed together:

kenwooi said...

when studying, there are lots of other attractions =P

reen_sofee said...

hahaha.
tuh laa weh!
byk pantang larang mase nak exam neh!
hahaha

cik panadol said...

makin kuat bau ketiak opismate...makin fokus aku bekerja!!

otak ketat said...

mesti dia berpegang pada prinsip "kurangkan gula" haha.

Pipi Muncet said...

fuhh. bau yg pahit tu ubat sebenarnya. apalah kau.

Alynn Notnot said...

x suke org badan berbau! dye tak bau plk ketiak dye sndr? x pasan la tu =.="

jfook said...

Nanged. Distractions are everywhere.

|arieza| said...

bagi kayu barus.

Kapten said...

member rumah ko spesies tak potong bulu ketiak ker? ntah macam naa plak dengan bulu tuttt

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

haha beb ko kentut dalam botol bagi dia hidu,pasti ilang bau ketiak dia esok lusa,ingat wat camtu 3 malam berturut2 lepas ko berak time dekat2 nak subuh saja haha try la,mujarab wa cakap lu

Berd said...

cuba kau bau ketiak kau pulak.

kehkehkeh

Huda Luna said...

huhu nanti cukur kn bulu ketiak housemate awk tu eh