Jul 23, 2010

.perihal berjinak dengan komputer [cerita lama]

Selamat siang semua.

Circa 1997.

Masa aku kecik dulu, aku langsung tak kenal komputer. Sasha grey pun baru nak reti main guli, Tera Patrick baru belajar info pasal pembedahan besarkan payudara.

Selalu waktu-waktu aku terbuang dengan kayuh basikal keliling kampung sambil tunjuk terer dengan wheelie depan gadis-gadis yang masih suci. Ramai jugak yang terlopong, tapi aku masih cool. Tahap ke-cool-an kena jaga.

Waktu petang lepas sekolah rutin aku kena pergi mengaji dengan Ustazah Salbiah. Ustazah Salbiah ni tak la garang sangat. Siap sebelum mula mengaji dia hidangkan kopi dengan biskut mayat, untuk bakar semangat jiwa-jiwa muda yang lemah longlai setiap kali berbicara tentang mengaji Al-Quran.

Ponteng langsung tak pernah. Cukup bangga bila dapat habiskan satu juzuk. Hati masih belum ada titik hitam, suci macam kain putih yang baru difabrikkan.

"Weh, dekat Shatin sekarang ada cyber cafe, jom kita main game?", tanya Din yang saitan dah mula masuk kepala.

Di hari yang dijanjikan, aku dan Apis standby bawah pokok kelapa pandan tunggu Din dekat tepi lombong. Plan baik punya nak ponteng mengaji. Apa ajaran Ustazah Salbiah semua dah hilang dalam kepala otak. Dalam hati ingat Counter Strike saja.

Kami ni yang bodoh-bodoh alang, tak tau apa langsung macam mana cara guna komputer, gagahkan diri berbasikal sampai ke Shatin. Perjalanan tak la jauh mana, dalam 2 kilometer, tapi liku-liku dia yang berbahaya.

Kena lalu tempat berhantu, kena lalu tengah-tengah kawasan kubur, kena lalu rumah berhantu, lepas tu kena simpan tenaga untuk kayuh laju-laju bila kena kejar anjing Rottweiler. Siap buat perjanjian, sapa kena gigit, tak payah tolong.

Bila sampai cyber cafe, dah macam sampai syurga. Mata sekor-sekor teruja tengok manusia gelak ketawa marah menjerit depan komputer.

"PC 10, 11, 12, bukak, bayar sejam"

Din cukup expert bab-bab ni.

Dia yang tolong pasangkan game Counter Strike, dia la yang ajarkan button-button apa nak tekan, macam mana nak beli B-4-6. Din orang kaya, rumah pun ada komputer. Rumah aku habis teknologi pun ada peti ais. Itu pun dah rasa canggih gila dah.

Aku sebenarnya bukan minat sangat main game tembak-tembak ni. Hati suci murni, membunuh bot-bot dalam game tu rasa bersalah sangat. Rasa berdosa. Tapi sebab kawan-kawan, aku main jugak.

Cyber Cafe ni dulu mana ada sistem central macam sekarang. Semua orang jaga CC tu buat manual. Lepas habis masa, cina tu akan datang sebelah aku, dan cakap "Habis masa, mau tambah?"

Bab mau tambah ni la Apis cukup terer. Dia boleh cakap "kejap" banyak kali, kadang-kadang boleh main sampai 2 jam akibat dari ayat manis dia.

Lepas dari hari tu, kami hari-hari pergi Dragon Ball Cyber Cafe. Mengaji dekat rumah Ustazah Salbiah langsung dah lupa. Sanggup ikat perut waktu rehat semata-mata nak simpan untuk pergi main Counter Strike.

Setiap hari, makin ramai budak-budak yang mengaji dengan Ustazah Salbiah ikut kami pergi main Counter Strike. Masa tu rasa macam ketua, pioneer segala kejahatan. Dragon Ball Cyber Cafe penuh dengan budak-budak Kampung Seri Kinta. Ramai yang main Counter Strike, tapi ada jugak yang dah pandai berjinak-jinak melayan porno. Siap beli disket nak simpan koleksi cerita-cerita malam pertama dekat myfirsstime.com. Cukup saitan.

Jadi bila semua ke CC, yang tinggal dekat rumah Ustazah Salbiah adalah budak-budak kecik yang belajar Iqra' dengan gadis-gadis kampung seberang.

Pada satu hari tu tengah aku khusyuk menembak Counter Terrorist dengan B-4-2 aku, aku dengar suara halus dari belakang aku.

"Cukup masa, mau tambah?"

Suara yang biasa aku dengar, tapi langsung tak berbunyi orang Cina. Aku toleh ke belakang.



Puan Hamizah dengan muka segarang harimau, mata merah-merah menahan kemarahan berdiri tegak di belakang aku.



Cepat-cepat aku bukak kunci basikal, dan pecut balik rumah. Balik rumah Puan Hamizah dah tunggu dengan getah paip sambil libas-libas sikit dekat telapak tangan dia.




Marobbuka, piapppppppp!!!!!

25 journeyed together:

an.afiqah said...

HAHA !

makdara TERDIVA said...

HAHAHA..sampai nak tercekik lepat pisang yg akak tgh mkn ni..

noor afzan said...

kesian ustazah salbiah.
dapat anak murid cam kamu ni.
ahaaii~

Farid MOFASAD said...

KALAU BERANI MEN PISAU JE LAH....

Zala Wajik said...

tak pasal-pasal. haha

J. Love said...

lain kali try ajak mak lu main skali. mungkin dia boleh memahami kenape lu sanggup ponteng ngaji nak men game.

ibu ni memahami orangnye tau. biasenye la.

Amal said...

padan muka kau.

reen_sofee said...

hahaha
kpg seri kinta ke ko!
hahahaha
ustazah salbiah tuh ade lagi?
nak g carik die!
hahaha

Aina Aadnan said...

pdn muka, bpk aku tak dtg cc, tapi tunggu kat rumah dgn muka yg tak pyh ckp la grg mcm mane.

redballerina said...

puan hamizah yg terbaekk

deus X machina said...

padan muka mike

bukan penggoda said...

ok. sumpah aku baca smpai abes.

hai puan hamizah! hee~

Just.wanie said...

hahahaha yang last 1 .
marobbuka terus !

Berd said...

time tu nama lu bukan siggplus lagi kan. mungkin squirtpluscum.

annadzirah said...

dah lama teringin nak maen CS.
T_______T

Huda Luna said...

hhaha padan muka kena sebat ngn mama.
hahah

seb baek la abah masa zaman tu x kesah org g cc men game

zither said...

wuhuu aku tau apa rasanya bile pndg belakang nmpk 'harimau'

ngeh3

intanurulfateha said...

u deserved
hahaha!

Bella said...

lol.. cute reminiscence.. walaupun dulu saya tak g cc main game, tp slalu g utk chat.. last2 mama skali dtg dia pun join chat skali.. baru dia paham nape anak dia ketagih chatting.. hahaha

:D

Bella said...

@Berd, HAHAHA!! nickname baru yg cukup besttttt

AliceAqram said...

apa barang CS? Red Alert 2 lah baru educated.

hellioz said...

itu kat rumah kena batang paip

gwa penah nampak mak budak bawak getah paip g CC bantai anak dia

gwa melihat sambil gelak barai...

gyahahahahahahhah~

gwa rase gwa knal sape budak yg kena libas tuyh
gyahahahaahhahaha~

gwa gglak lagi skali

aemyLina™ said...

hahahaha... tu la...
sape suruh mals ngaji... hahahaha

aren said...

aku suka pakai B-4-4

gunturina said...

haha..teringat pula myfirsttime.com still wujud ya..