Kalau kata ada 13 orang budak rumah, mesti setiap sorang ada perangai masing-masing. 13 tu ramai? Itu kira sikit lah tu, kalau nak compare kawan-kawan aku yang lain, ada yang sampai 20 orang serumah. Stok kalau nak tido kena kuis-kuis badan member guna kaki baru dapat tido.
Tadi masa makan tengahari, lima orang termasuk aku pergi makan sekali. Jadual harini cukup heaven. Kelas pagi pukul 8.30-10.30 lepas tu langsung tak ada kelas dah. Tapi akibat dari berjaga malam tengok bola semalam, kesemuanya tak pergi kelas pagi tadi. Bangun pun pukul 12 tengah hari.
Ada sorang budak rumah aku ni cukup kuat typo. Bukan typo menaip, tapi typo mulut. Aku rasa setiap hari mesti ada saja mulut dia tersasul. Kalau sehari tak ada, kami yang lain ni jadi tak keruan, umpama mahu mencapai ejakulasi.
Makan ayam penyet di Seksyen 16. Murah, dan sesuai untuk golongan tak bergaji macam kami ni. Kalau makan dekat AP ke, sekali makan mau sampai rm20. Tak mampu.
Biasalah, kalau makan di gerai-gerai dan warung-warung, tak sah kalau makan tak ada kucing. Tak habis-habis mengiau mintak simpati nak makan. Kadang-kadang comel, tapi kalau dah sampai tengah sedap makan dia boleh lompat atas kote, memang rasa nak bagi terajang laju-laju.
Budak rumah aku ni cukup annoyed bila makan ada kucing kacau.
Akibat dari rasa tak selesa sangat makan kucing duk kacau, maka budak rumah aku ni melepaskan kemarahan dia dengan berkata, "Tak selesa betul aku kalau tengah makan ikan ni kacau."
Sambil menguis-nguis kaki supaya kucing a.k.a ikan ke tepi.
Cakap sangat yakin, macam langsung tak ada rasa salah.
Lepas makan, aku mintak singgah ke toko buku, untuk beli buku budak-budak tadika untuk budak rumah aku tu.
Aku nak kasi sekolah sikit dekat dia macam mana nak membezakan antara mana kucing dan mana ikan.
11 journeyed together:
Visiting here..Nice..My very da very latest 4 today friend.. Dangerous!
Teringat zaman study dulu tinggal serumah 10 org hehehe azab2...
dulu pun tinggal 10 orang.. maam2 kerenah ader.. baik ader.. buruk ader,...
member2 aku selalu gak tersasul..tambah2 kalau tgah buat program...aku pernah tersasul nak cakap angkat baldi tercakap angkat babi...hampeh btol kena bahan lepas tu...
LOL.
^___^
wuuuuuu..ghamainye sampai 13 orang? mesti riuh rendah umah tu dibuatnye kan? hehehe
haha...masa zaman u dulu..kitorg wujudkan satu buka fakta auta untuk setipa program.... macam2 kesalahan sebutan.... tah pape jek sebut...
haha.
mesti mamat tu cakap nak laju.
*kote tu betul ke?. xtypo?. haha.
=====================================
ENTRY BARU ; Aku Baru 21, Takkan Nak Kahwin Dah?
haha asik2 tersasul je dia tu
hahaha... aku dulu duduk umah 15 orang. nampak ramai bila semua pakat layan cerita apa entah yang rosyam noor berlakon tu...
tapi bila weekend, aku rasa macam duduk dalam haunted mansion. macam aku sorang2 je dalam umah.
perangai typo mulut tak payah cerita la. lepas tu boleh buat muka blur macam tak salah apa.
nasib baik la tak tersasul jadi benda lain.
haha~
dia tgh makan ikankah masa tu?
Post a Comment