Jul 24, 2010

.kelas permotoran Kedai Motor dan Basikal Che' Gu

Selamat siang semua.

"Minyak motor tu jaga, jangan sampai habis"

Kata Abang aku dengan muka tegas sebelum melepaskan aku bawak motor dia jalan-jalan keliling kampung.

Rasa berbaloi lepas kena tarbiah dengan Puan Hamizah tentang bahana bawak motorsikal tanpa lesen. Macam ceramah JPJ. Bosan dan mengantuk.

Hilang terus rasa sakit akibat dilibas getah paip sebab mintak motorsikal dalam usia yang muda. 14 tahun dah mintak motor, memang mintak getah paip hinggap dekat tulang belikat lah. Demi nak nampak cool, aku sanggup berbirat pinggang.

Perhentian pertama ke rumah Afis. Bila dah ada motorsikal, rasa cool di dalam diri jadi tinggi. Bawak keliling kampung gadis semua pandang macam aku bawak Virago. Tak kurang jugak ada yang basah-basah celah kelangkang bila tengok aku buat wheelie.

"Assalamualaikum, Makcik, Afis ada?"

Zaman tu kena tunjuk sopan depan mak-mak kalau taknak kena pelangkung. Mak Afis jeling aku sejenak sebelum panggil Afis keluar.

Afis keluar dengan tak berbaju. Yang menutupi kulit aurat dia hanya kain pelikat Cop Sipoth edisi raya tahun lepas.

"Jom, aku bawak jalan-jalan mengorat awek"

Kata aku pada Afis sambil tongkat 2 motor aku. Tongkat 1 dah kira cool, tongkat 2 nampak gagah. Bukan semua orang sebaya aku boleh tongkat 2. Silap-silap boleh terbalik motor.

Aku tengok muka Afis cukup kagum dengan aku.

"Waa lepas ni boleh la kita naik motor pergi CC", cakap Afis sambil tepuk-tepuk seat belakang sebelum duduk.

Teringatkan kisah tak boleh tidur meniarap haritu, aku pelan-pelan cakap aku tak mungkin ke CC dah lepas tragedi berdarah tersebut.

Kami kemudian keliling satu kampung. Lepas habis Kampung Seri Kinta, kami cuba jelajah ke Kampung Temara, Kampung Cempaka Sari dan berakhir di Kampung Pasir Puteh. Berapa ramai gadis terlopong tengok kami, aku tak sempat kira. Macam semut dalam busut. Ramai sangat.

Dalam perjalanan balik, aku rasa motor semacam, macam semput-semput. Afis dah mula takut-takut sebab perjalanan balik masih jauh.

Aku tengok meter minyak dah keluar lampu. Itu menandakan minyak sudah mahu habis. Aku tambah pulasan pada throttle. Nak dikirakan ada lah dalam 80km/j. Ini boleh dikira laju kalau nak bandingkan dengan tahap keupayaan motor Honda C70 kepunyaan Abang aku tu.

Sampai di selekoh masuk Kampung Seri Kinta, motor semput makin kerap, dan akhirnya mati.

"Motor rosak ke?", Tanya Apis sambil buat-buat tau. Dia main-main choke motor, mungkin itu yang dia belajar masa kelas permotoran di Kedai Motor dan Basikal Che' Gu hujung kampung.

Aku senyum sinis tengok gelagat dia. Dasar amatur.

"Bukan rosak, minyak dah habis"

Afis berhentikan aksi main-main choke dia. Dia pandang aku tajam.

"Habis kalau minyak dah habis, yang kau pergi pecut laju-laju tadi kenapa?" , tanya Afis lagi dengan renungan yang masih tajam macam tadi.

"Mesti la aku pecut, kan minyak dah nak habis, karang bawak slow-slow karang tak sempat sampai rumah minyak habis pulak", terang aku dengan buat muka suci.

Afis terus letak tangan dekat bahu aku. Aku dah kebingungan. Dia tarik nafas dalam-dalam, dan mulakan tarbiah tentang komponen-komponen motorsikal dan betapa untungnya mendaftar dengan kelas permotoran di Kedai Motor dan Basikal Che' Gu.

20 journeyed together:

paeh said...

kedai basikal tu dah takde kan skrg...

redballerina said...

kirim salam dekat afis !
apeda..budak tadika pun tau

MOFASAD said...

BLOG APA NIE BEST LAH.... TERUJANYA AI~

Amir Syahir said...

oh,,merempit guna motor.

Berd said...

BLOG APA NIE BEST LAH.... TERUJANYA AI~

Huda Luna said...

BLOG APA NIE BEST LAH.... TERUJANYA AI~

Huda Luna said...

bengong nye parit n berd



then balik rumah mcm mn?

Reen said...

weh salah ke teori ko tuh??
aku pon pikir cam tuh gak!
hahaha

Ainee Cumi said...

auwww! sunggu comel pengalaman waktu kecik kau..aku pengalaman waktu kecik buat jahat dengan adik adik aku je..ahaaaahahahahha!

deus X machina said...

bengong nye parit n berd



then balik rumah mcm mn?

Berd said...

auwww! sunggu comel pengalaman waktu kecik kau..aku pengalaman waktu kecik buat jahat dengan adik adik aku je..ahaaaahahahahha!

Anonymous said...

auwww! sunggu comel pengalaman waktu kecik kau..aku pengalaman waktu kecik buat jahat dengan adik adik aku je..ahaaaahahahahha!

Hellioz said...

auwww! sunggu comel pengalaman waktu kecik kau..aku pengalaman waktu kecik buat jahat dengan adik adik aku je..ahaaaahahahahha!

Nurul Huda Rahim said...

auwww! sunggu comel pengalaman waktu kecik kau..aku pengalaman waktu kecik buat jahat dengan adik adik aku je..ahaaaahahahahha!

Nekmo said...

auwww! sunggu comel pengalaman waktu kecik kau..aku pengalaman waktu kecik buat jahat dengan adik adik aku je..ahaaaahahahahha!

Linglung said...

sia2 sia abang lu bagi nasihat...keh keh keh..

annadzirah said...

apsal semua dok copy pes?.
haha.

Amal said...

dulu pun aku ingat kalau minyak moto nak habis, kena speed laju laju.

Wanturd™ said...

lepas Afis tu tarbiah kau, kau paham tak? ke tak paham2 gak? haha

Berd said...

ni baru komen gua sebenar.

sifu kalau petang2 pergilah jumpa kawan. mintak tunjuk ajar pasal motor. jangan terperap dekat rumah tengok porno saja.

kita kena seimbang. maaf kalau anak buah sifu ni terkasar bahasa.