Selamat siang semua.
Aku tau entri aku ni akan menjadikan aku sasaran mudah untuk orang hentam aku. Tapi aku peduli apa. Benda ni aku tengok berdasarkan pemerhatian aku sendiri. Jadi jika kau nak marah aku lepas ni, silakan. It will fall on deaf ears. Heh.
1. Melayu kuat hasad dengki.
Asal tengok perniagaan Melayu lain untung sikit, mula lah nak main bomoh. Sanggup berhabis puluh-puluh ribu nak pergi jumpa bomoh siam semata-mata nak jatuhkan perniagaan kawan tu. Haih. Aku tengok orang Cina, kalau berniaga, semua unite. Diorang pandai, bukak 1 restoran, bagi 5 Cina lain berniaga situ jugak. Tokey restoran jual air saja. Win-win situation. Kalau Melayu, makan meja lain gerai order lain gerai pun boleh buat pinggan mangkuk terbang.
2. Melayu mudah dengar cakap orang.
Contoh : Radio, TV, Suratkhabar. Jangan percaya sangat dekat TV tu. Itu semua lakonan saja. Propaganda banyak. Aku taknak cerita lebih. Tengok gambar dekat bawah. Atas dari Berita Harian, bawah Utusan Malaysia
Cari dan menang. Aku bagi hint : payung.
3. Melayu suka main MLM.
Katanya, Melayu kena tolong Melayu. Pui! Melayu menjahanamkan Melayu lagi ada lah. Aku tengok banyak rumah tangga hancur sebab MLM. Banyak putus kawan sebab MLM, banyak putus saudara sebab MLM. Kalau nak kaya, mesti join MLM ke? Main saham sudah.
Cari persamaan pulak untuk gambar dekat atas ni. Aku bagi hint lagi : nombor plet.
4. Melayu suka main nombor ekor.
Aku kalau balik Ipoh, hari-hari tertentu kedai ekor lagi ramai pakcik-pakcik abang-abang Melayu penuh beratur panjang. Cina/India lagi sikit dari diorang.
Cina pun tak semangat sangat pergi beli toto pakai baju rasmi bangsa. Aku ucap syabas dekat pakcik ni, semangat 1 Malaysia betul.
Lepas tu kalau eksiden, memang cukup suka orang-orang melayu ni tolong. Bukan tolong ikhlas, tapi sebab nak tengok nombor plet dia apa, nak buat tikam. Ni aku nak bagi tips sikit, nombor paling ong, kalau kau tengok kereta langgar babi. Nombor tu comfirm naik. Heh.
5. Melayu cukup percaya benda taboo.
Benda taboo ni, macam mana aku nak explain eh, macam kalau kahwin, kena campak baju atas bumbung untuk elak hari hujan masa bersanding lah, makan tak boleh bertatang lah, kaki tak boleh bersilang waktu meniarap lah. Aku langsung tak percaya benda-benda ni. Selalu bila orang-orang tua marah aku cakap "Tak elok kalau blablabla..", aku akan mintak diorang tunjuk bukti. Senyap terus.
Melayu cukup suka pantang. Pantang main kepala lah, pantang main nama bapak lah, pantang main tetek lah. Kalau tak pantang, boleh jadi bentan ke?
6. Melayu cukup suka percaya benda karut.
Aku rasa semua tahu pasal ni. Sebab tu lah rating Forum Perdana Ehwal Islam lagi rendah dari siri TV Puaka Niang Rapik atau Gaia. Kalau rating Forum lagi tinggi pun, sebab ada cakap pasal perubatan ghaib. Pisau hikmat lah, bulu burung dari langit lah, cincin sakti lah, semua orang Melayu suka tengok. Aku ada boxer sakti, ada sapa-sapa nak beli? Aku jual 5 juta.
Batang sakti. Cuma perlu guna bateri untuk efek maksima.
7. Asal sakit sikit, mesti ingat kena buatan orang.
Ini fakta. Aku ada kenal sorang tu, bila sakit mesti jumpa bomoh. Kata ada orang nak buat dia. Demam sikit, jumap bomoh, cirit sikit, jumpa bomoh. Haih. Kuno betul.
8. Anggapan gadis pakai tudung baik, tak pakai tak baik.
Bukan aku nak bias, tapi tanggapan ni kena buang. Bukan semua gadis freehair tak baik, dan bukan semua gadis tudung baik. Itu semua pada individu lah. Kalau kau nak tau, peratusan kes mengandung anak luar nikah lagi tinggi di kalangan gadis bertudung. Jadi fikir kan sendiri.
9. Agama/Bangsa
Melayu cukup kuat melenting kalau agama/bangsa dia dipersenda, tapi diri sendiri pun persendakan agama/bangsa lain. Just to be fair, kalau kau taknak orang persenda agama/bangsa kau, kau jangan la persenda agama/bangsa orang lain.
Sapa suruh bakar gereja, sapa suruh julang kepala lembu. Kena dekat batang idung sendiri, berkokok 1 kampung.
Berarak macam ni cukup rajin. Berarak sempena Maulidur Rasul malas.
10. Melayu kuat berak.
Aku pun kuat berak juga. Greenhall kuat berak. Paraxixth kuat berak. Huda kuat berak, Neyrashazeyra pun kuat berak juga. Semua orang kuat berak.
Ini fakta kan?
Joni pun kuat berak juga.
Muka saja sopan. Tapi senyap-senyap suka menabur taik dalam seluruh sangkar selagi termampu.
Sekian.
Post Scriptum : Aku sudah ada account Formspring. Sila tanya aku segala benda yang bermain dalam fikiran kau. Form ada dekat belah kanan page ni.
Feb 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 journeyed together:
cam gampanggggg.
hehe
Post a Comment