Feb 24, 2010

.dalam maksudnya ni

Selamat siang semua.


Sejak kebelakangan ni aku selalu kena tag dekat Facebook dengan gambar-gambar macam ni. Dalam betul maksud dia. Ini menimbulkan rasa tidak senang hati dengan meluap-luapkan nafsu amarah aku.

Fakta dekat bawah ni aku ambik dari blog Paraxixth.

Tapi tahukah kau kenapa orang Yahudi bijak?

Salah satu sebab dia, orang Yahudi tak hisap rokok.

Jadi kau semua tak boleh nak salahkan aku sebab tak hisap rokok. Apa mahu aku jadi macam orang Yahudi? Kau mahu aku ikut mazhab orang-orang Yahudi? Kalau aku ikut pun, lepas ni mahu aku buat apa pulak? Nak suruh aku sambut Hannukah sambil ber-Mazel Tov depan orang ramai?

Kira bagus apa aku tak ikut fahaman diorang. 


Merokok membahayakan kesihatan. Kau pasti? Sebab aku tengok, bahan-bahan yang ada dalam proses membuat rokok terdiri dari pencuci lantai, racun tikus, racun semut, ubat pembasmi dengan pembunuh kuman, racun serangga. 

Ini semua amat penting dalam menjaga tubuh badan. Kau gerenti takkan ada masalah makhluk perosak macacm tikus, semut, kuman dengan serangga dalam badan. Sebab kau macam sudah ada antibodi untuk semua tu bila kau isap rokok. Heh.

Lagipun, kau tau tak fakta yang second hand smoker lagi cepat mati? Jadi dari aku jadi second hand smoker, lebih baik jadi first hand smoker. Sekurang-kurangnya, merasa jugak nikmat darah dicemari dengan racun-racun yang boleh membunuh. Kesian kau yang tak hisap rokok tak dapat merasa makan racun tikus. Kesian kau tak merasa makan serbuk pencuci lantai.


Rugi lah korang, tak menikmati semua makanan yang ada dalam dunia ni. Heh.


Yang paling aku kesian, aku kesiankan orang Yahudi, tak dapat merasa nikmat isap rokok waktu berak.



2 journeyed together:

Anonymous said...

yalah tu, patut la sampai tikus pun xmakan kaki kau, rupanya penuh dengan racun tikus...
hahaha.

p/s : aku memang xda telur, sebab aku bukan perempuan, aku ada testis sahaja.

khailow said...

ahahhahah!! cara bagus bahas untuk orang yg tak smoker! cayalah sigg