Feb 28, 2010

.kenapa aku benci aril AF sangat-sangat

Selamat siang semua.

Heh. Tajuk terlalu direct kan? Ah aku peduli apa. Sebab memang aku tak suka dia.

Sini aku nak cerita, kenapa aku benci si Aril AF ni sangat-sangat.

Lagu dia bodoh. Seriously, lirik lagu dia macam haram. Macam lagu pok amai-amai, tapi versi nyanyi dekat club-club murahkan sekitar Jalan Dooraisamy. Club-club yang GRO jenis makcik tua duduk menari-nari mencari anak ikan. Jelik.

Sekali aku dengar, memang aku langsung tak boleh terima lagu tu. Aku menyimpan rasa benci yang teramat sangat.

Aku harap di masa depan, takkan lagi ada keluar lagu bodoh macam ni. Aku sanggup lagi dengar lagu Cik Ainun Janda Muda dari dengar lagu ni.

Punca lain, dia ni budak Hardstyle kan? Aku pun tak sure yang mana 1, tapi geng-geng kunun ganas suka shuffle sambil pakai baju import Australia mahal-mahal tu lah. Stok nak beli baju pun sampai 200-300 selai.

Jenis layan lagu Baxx lah, Ganjaguru lah, apa jadah lain lah.

Nak diikutkan, member aku sorang ni jadi distributor untuk baju Hardstyle Republic ori. Kira dia import sampai Malaysia, lepas tu jual dekat budak-budak shuffle baru nak masuk Hardstyle ni. Dia dengan Aril tu macam kawan gak lah. Semua budak-budak hardstyle kenal dengan budak Aril ni. Aril ni kira macam salah sorang ketua dekat Hardstyle tu.

Jual baju pun tak boleh open-open. Maksud aku, tak boleh jual terang-terang. Kena sembunyi-sembunyi. Ala macam jual dadah gak lah. Jumpa dekat tempat gelap, bagi duit, bagi barang, cepat-cepat chow. Memang rare ngn black market baju ni. Aku tanya member aku, kenapa mesti jual macam tu? Dia cakap, takut poseur-poseur nak beli jugak.

So member aku ni, ada jual dekat sorang budak Penang ni. Tapi dia lari taknak bayar. Member aku pun panas gila babi, memang nak ajak budak-budak Hardstyle pukul dia. Mintak sama Aril join sekali.

Aril penakot. Langsung taknak tolong.

Pui Hardstyle lah sangat. Bukan Hardstyle berani mati ke? What a wuss.

Terbaik wokkk!