Feb 22, 2010

.surat kepada menteri najis [entri jijik tidak bergambar]

Siggplus,
15, Jalan Limau Bali 4/4E,
Seksyen 4,
40000 Shah Alam.
_____________________________________________________

Kementerian Kesihatan Taik,
Lot 42, Jalan Najis,
Wisma Najis,
12345, Putrajaya

Tuan/Puan/Encik/Cik

Melahirkan rasa tak puas hati yang teramat sangat kepada ahli rumah.

Tujuan saya menulis surat ini bukanlah kerana ingin meminta subsidi tanah atau penangguhan bayaran balik hutang piutang dari pihak Tuan/Puan, tetapi dengan semangat 1Malaysia, ingin melahirkan rasa kesal saya atas apa yang berlaku depan mata saya tadi, ketika saya baru bangun tidur.

2. Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum, saya telah menyusun jadual kelas saya sehinggakan saya bercuti pada setiap hari Isnin. Ini bermakna kesian pada semua yang ada kelas/kerja hari Isnin. Padan muka saya ucapkan pada tuan juga kerana terpaksa mengharungi liku-liku hidup untuk bekerja pada awal pagi Isnin ketika saya sedang nyenyak tidur di atas tilam.

3. Maaf tuan, ini bukan Morning Blues.

4. Sebangunnya saya dari tidur tadi, saya seperti biasa menggapai sebatang rokok untuk dibuat modal ketika berak. Bukan apa, seronok sekiranya menambah nikotin sambil berak. Perasaan menyedut asap sambil mengeluarkan taik adalah nikmat terulung bagi seorang perokok macam saya, lebih ulung dari beromen dengan gadis hot. Betul.

5. Ketika saya masuk ke dalam jamban, saya mendapati ada beberapa ketul benda berwarna coklat seakan-akan Choco Top McD di dalam mangkuk jamban. Saya yang masih mamai terpinga-pinga dengan visual yang saya nampak pada ketika itu. Perih saya lihat benda tu.

6. Saya amati betul-betul. Ada 4 ketul sedang terapung-apung macam mangsa kapal karam. Terapung-apung menunggu untuk orang selamatkan. Mengikut amatan saya, kualiti 4 ketul itu sangatlah tidak sihat. Komposisi dia pun macam yang saya lalui sebelum ni, cair. Mungkin pengguna tandas sebelum ni pun mengalami proses memerut juga macam saya, tapi ianya semua berlaku padanya pada waktu pagi tadi ketika semua orang sedang nyenyak tidur.

7. Saya syak, budak rumah saya yang ada kelas pagi tadi. Mungkin dia yang terlalu eksaited mahu ke kelas sampaikan lupa untuk mengflush jamban tu sampai saki baki perjuangan tidak kelihatan. Saya betul kecewa dengan situasi ini.

8. Yang menjadi mangsa, siapa? Tentulah saya! Saya kena batalkan hasrat mahu berak tadi dan menyedut balik taik yang sudah separuh mahu keluar dari lubang bontot.

9. Diharap pihak Tuan/Puan dapat menyiasat tentang ketidak-adilan ini. Saya pun mahu berak juga. Tapi saya taknak lah berak dengan perasaan yang tak tenang, risaukan 4 ketulan tadi melancarkan revolusi pada bontot saya yang sedang meneran itu.

10. Gambar dan sampel dari 4 ketul tadi sudah saya ambil gambar dan dikepilkan serta di-cop dan disahkan oleh Ketua Kampung dengan surat ini. Ini saya boleh gunakan di Mahkamah Sivil Divisyen Salahlaku Berak nanti. Segala respon dari pihak Tuan/Puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

11. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.


Yang Benar,


...................
(Siggplus)
Pencinta berak.

0 journeyed together: