Selamat siang semua.
Heh kebelakangan ni aku rajin betul menulis tips. Mungkin sebab ketiadaan idea untuk update apa, aku kasi hantam tips-tips merepek. Melalui observation juga boleh dijadikan idea mengarut untuk update blog.
Untuk tips yang ni aku nak fokus dekat lelaki saja. Perempuan nak jadi pemandu kereta yang disegani? Heh aku musykil. Banyak jenis terkial-kial bawak kereta. Bukan semua, tapi kebanyakannya. Aku taknak cakap banyak pasal pemandu kereta gadis.
Jadi tips yang pertama kau kena mempunyai kereta buatan nasional. Tak kira lah Proton ke Perodua, tapi pemasangan dia mesti dekat Tg Malim atau Rawang. Pemilik kereta Naza pun boleh turut serta jugak.
Dekat kereta kau mesti tampal stiker-stiker merepek dan langsung tak ada kena mengena dengan kereta kau. Sebagai contoh, kau pakai tayar Firestone, tapi gatal-gatal letak stiker Michelin. Pakai stock stereng, tapi stiker letak Momo. Dan paling famous kena letak stiker tulisan Jepun. Walaupun maksud stiker tu adalah "Saya sayang agama Shinto", tak apa, janji tulisan Jepun.
Rajah 1 : Ini bermaksud "Saya bawak kereta macam pukimak". Huruf 'p' disitu bermaksud pukimak.
Digalakkan juga memasang stiker yang ada 3 warna tu. Merah, Kuning, Hijau. Faham-faham sendiri lah apa dia. Nanti senang Awie nak salam sambil bagi buah 3 Naga.
Penggunaan stiker jenis nama pasangan kekasih juga boleh menambat hati pengguna kereta lain dalam menyegani kau. Contoh jika kau bernama Apan, dan kekasih kau bernama Tatiana, boleh custom made stiker kau jadi 'Apan&Tatiana <3 4eva'. Atau kalau nak jimat duit, kau custom made stiker dengan gabung nama korang berdua jadi '<3 PanTat'. Ini contoh saja, sila jangan tiru.
Badan kereta kau juga mesti dipenuhi dengan paint job, macam jenis Tribal, Splash, Racing, atau yang paling cantik aku tengok jenis batu-bata. Dan kalau kau rasa masih belum mampu, cukup sekadar park kereta kau di bawah pokok yang penuh burung waktu senja. Tinggal selama 3 jam, dan voila!, kereta kau akan ada instant paint job. Untuk efek maksima, sila jangan lawati kedai-kedai cuci kereta yang berhampiran selama 2 bulan.
Dalam kereta kau pulak, kau mesti letak meter extra macam meter turbo, meter temperature, meter pengesan radiasi untuk kesan tahap radiasi kentut, dan semua yang disebutkan tadi sebenarnya tak berfungsi langsung. Setakat nampak macam kereta sukan (baca : sport car) sudah cukup untuk disegani.
Penggunaan rim sukan juga amat penting untuk disegani ramai. Walau seburuk mana pun bunga rim sukan kereta kau, jangan gusar, janji rim sukan. Ataupun kalau masih belum mampu, kau boleh pakai cover rim yang nampak seakan-akan rim sukan.
Radio. Tak lengkap kereta jika tak ada radio. Kata orang, tak jiwa muda langsung. Jadi kau mesti gunakan radio berjenama Pioneer dilengkapi dengan sistem amplifier besar gedabak stok orang pakai untuk kenduri kahwin, dan disertakan sekali dengan speaker Boom Boom jenis JBL. Jika tak ada duit boleh bertukar pada speaker reject kilang jenama Soundstream.
Dan kau juga mesti turunkan cermin kereta kau pada tahap maksima, disulami dengan pasang radio kuat-kuat sampai kereta kau dekat Bukit Kayu Hitam, tapi orang dekat Danga Bay pun masih boleh dengar. Biasanya lagu yang dimainkan adalah jenis Techno, Trance atau Fentou. Sila setkan pada pemain CD kau pada repeat, so lagu akan dimainkan berulang-ulang kali sampai telinga kau naik pekak.
Selain tu, kau harus menukar eksos kereta kau jadi bunyi berderum. Jangan tukar jadi turbo sepenuhnya, tapi tukar eksos saja. Bunyi biar bising macam lahanat, janji nampak macam turbo. Jadi bila kau memecut, orang dari jauh dapat dengar deruman enjin kau, padahal meter kau baru cecah 20km/j. Kau juga wajib membeli kaca mata hitam tiruan di Pasar Malam/Gerbang Malam/Uptown/Jonker Walk/Feringghi. Sila ambil nota yang paling famous sekarang jenis Wayfarer. Ala yang Kanye West selalu pakai tu. Atau nak lagi cantik, pakai yang jenis ni :
Rajah 2 : Sesuai untuk melalui lebuhraya tanpa ada rasa silau.
Balik pada kereta jenis Nasional yang aku cakapkan tadi, kau wajib menambah body kit kereta kau. Kereta Proton Wira/Waja kau akan diconvert kononnya Evo, Perdana jadi Eterna, Kancil kononnya Daihatsu Mira, dan MyVi konon Daihatsu Sirion, dan paling parah aku tengok Kelisa jadi Mini Cooper, tapi bahagian depan saja lah. Bajet!
Rajah 3 dan 4 : Jangan tertipu, ini semua kereta Nasional.
Dan yang paling penting, kau kena pasang spoiler tahap tinggi supaya senang nak nampak dari jauh. Selain dari fungsi dia tu, ada 2 lagi fungsi lain. Spoiler kau tu boleh menyenangkan kau cari ketika parking di dalam shopping mall, dan boleh juga digunakan untuk sidai towel ketika dalam perjalanan ke destinasi yang dituju.
Rajah 5 : Nak sidai apa pun boleh.
Itu saja untuk bahagian pemakaian kereta, dari segi perangai pula, macam biasa lah, corner tak payah bagi signal, langgar lampu merah sesuka hati, potong barisan, cilok mencilok, tunjuk fuck setiap kali pemandu lain bawak kereta berperangai sebijik macam kau bawak, dan bawak kereta macam kepala taik dah keluar sikit nak kena cepat-cepat balik rumah sebelum terlambat.
Sekian, selamat mencuba.
1 journeyed together:
caya lah bro...mmg ngam lah tips nih..org malaysia yg berlagak x kena tempat mmg mcm tu...berbulu je ak tgk..hahaha
Post a Comment