Selamat siang semua.
Tujuh. Apa signifikasi nombor tujuh? Ya, hari ni secara yakin aku nak cakap yang hari ni dah tujuh hari aku tak nampak hujan. Walau setitis pun aku tak nampak. Kalau hujan jenis keluar dari mulut tu, normal lah. Hari-hari mesti mau.
Aku tengok ramalam kaji cuaca tetiap hari 34 darjah, sampai minggu depan. Gambar dekat sebelah nombor tu nak jenis matahari terik saja, tak ada langsung gambar mendung ke hujan ke. Gambar kilat-kilat bawah awan apatah lagi.
Ini bukti menunjukkan betapa panas sekarang. Kau tengok Joni tidur macam mana? Terkangkang. Langsung tak jaga adab dan tatasusila dalam mendokong sifat 1Malaysia.
Jadi keadaan rumah sudah macam sauna. Sejak dulu lagi rumah ni memang tak mempunyai peredaran udara yang baik. Masa Encik Ariffin buat rumah dulu dia kurang menitik beratkan prinsip Bernoulli dengan baik. Akibatnya setiap malam aku mesti tidur hanya pakai boxer saja. Kadang-kadang risau jugak takut boxer terselak sampai nampak testis disulam dengan skrotum. Segan.
Kalau dekat rumah sewa, nak tidur bogel pun orang tak kesah. Semua ada benda sama, apa nak segan. Cuma saiz dan isipadu saja berbeza.
Pukul 3 tadi aku basuh baju. Pukul 3.30 lepas habis basuh aku sidai. Pukul 4 tadi sudah kering. Menakjubkan bukan?
Waktu-waktu macam ni lah aku rindu duduk rumah kampung. Ada telaga. Mandi pukul berapa pun air sejuk. Kadang-kadang sampai boleh kecut itu helmet darth vader. Kecut sekecut kecutnya.
Mandi boleh kurangkan panas dalam badan kan? Salah. Kalau rumah kau jenis paip besi dan kau mandi guna shower, sila jangan harap air tu akan jadi sejuk. Panas dia sampai rasa macam mandi dekat kolam air panas. Sipi-sipi saja kepanasan air mahu merosakkan sistem saraf medula oblongata aku.
Tadi lepas mandi aku cepat-cepat masuk bilik, kunci pintu, pusing punat kipas tu sampai 5, tanggal towel letak tepi then baring terkangkang atas marble. Nikmat. Rasa macam dekat kutub utara.
Untuk sekejap lah. 5 minit lepas tu, bila air dekat badan sudah kering, kipas pun tiup angin panas sepoi-sepoi bahasa, marble pun jadi panas, badan mula berpeluh balik. Celaka betul.
Dalam otak nakal aku ada terfikir nak buat panggilan palsu dekat jabatan bomba.Nanti time diorang datang, boleh la aku suruh diorang pancut dekat badan aku. Tapi bila teringat getah paip yang bakal hinggap dekat belakang badan oleh Puan Hamizah, aku batalkan niat aku ni.
Aku ada juga cuba menggigil kunun-kunun macam sejuk, dengan harapan suhu tubuh badan akan berkurang. Tapi sangkaan aku jauh tersasar. Suhu tubuh badan tak berkurang walau 0.005 darjah pun. Malah bertambah panas.
Ini time kalau depan mata aku ada aiskrim pop dengan gadis seksi pakai micro bikini ajak aku 'happy time', aku dengan berimannya akan memilih aiskrim pop perisa sirap bandung.
Apa jadah orang tengah panas-panas ni ajak main. Insaf la sikit panas-panas ni. Haih.
Waktu-waktu macam ni aku halusinasi lebih. Maafkan bahasa yang macam palat.
Feb 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
48 journeyed together:
haiwan pe tu??
hahahah mereng tul u ni tau.. panas sgt ke? mlm nnt try tdo dlm peti ais. mujarab. pg sok, kot2 opah timah nk ice cube, leh potong one of ur fingers, jdkan cube..
mujarab lg effective!
betul2 panas la minggu lepas..mandi dah lebih 4 kali sehari..sbb asyik berpeluh jer..apekah yg terjadi sebenarnya..
wah adakah joni seekor hedgie [albino]?
Wawa : tu seekor hedgehog
Arieza : yup pns sgt. Ari2 bpeloh. Opah timah tak minum ais. Dia minum air pns je. Heh
Syafeeq : entah la, tp yg aku tau skrg pns gila. Mndi 7x sehari pn tak sejuk2 lg bdn.
Sir marcello : pandai. Yup joni hedgehog albino
pandai ko baca hati aku. semalam baru duk bkira2 nak buat entry pasal suhu skarang ni.
serius shit, memang panas gila. kedah ni dah sbulan rasanya kemarau. suhu pun dah mcm kat sudan.
yg paling aku setuju, air dlm paip besi tu mmg mcm air dr water heater kat hotel. mandi pun mcm xmandi je.
tu la
panas .
asbaik tmpt keje gua ada cooler .
sejuk aja lepak
dalam tu lelama .
macam duduk kt oversea .
kalau kau menggigil lg tmbh pns lah. sbb tuh menggigil time sejuk, sebab nk perangkap haba. adoy.
Nk bg sejuk instant? Cukur semua bulu dekat badan. Sebab bulu perangkap haba gak.
beb sini 2 3 hari asyik hujan je :) rahmat cuba lu buat pahala mana tahu hujan turun hahaha
aku kt scotland ni pun tgh musim panas..tiap ari duk berjemur dgn minah2 saleh..hoho
aku ingat nak tutup dah blog ko ni. heh~
panas mmg ah panas tp kt shah alam bile ptg hujan gak je do.
ni baru ujian dunia..tahan je la..kalo panas bdn..minum air cp badak or..teh chrysanthmm..er..btui ka eja ni..hikhikhikk
awk laki..no hal laa..
nk mandi sungai.. sungai da kering.. huuu
malam ni kuantan 29 celcius. huhu
pirah siggg..kata malas blogging..haha :)
sigg is back!!! :D
mmg panas..kuala nerang pon panas dannnn..
ia mengundang mataku untuk menutup..
taktau pasaipa..
slalu sejuk2 ja mcm tu ..
aku kat cni pun panas....
tpi angin die...
fuhhhhh.....macam dok tepi pantai woooo....
hahahaha....
comel betul beliau tidur..
gua syak beliau ikut tatasusila lu la tu
comel joni tido
kedah panas sampai landasan kembang ketapi pun tebalik...style panas truk ni!
Ape cite nak gi mandi waterfall??
kuikukui!
Mandi peloh adela!
ko dok mane smpi xde ujan lgsg?
ngeee.
aku rase ade jgk ujan.
tp renyai2. tak renyai2, lebat tp sekejap je..
eh.. da gune disqus rupenye.
bagus2..
sile datang cni.
sebab negeri nie menjanjikan perkara2 aneh setiap hari.
macam petang tadi.
cuaca panas tapi tetibe ade kilat dan guruh.
sugar daddy i pon leh terbangun dengar guruh petang tadi.
angin apa entah tetibe aku rasa nak guna disqus balik. heh
kau duduk dekat negeri mana? kalau selangor, memang lah. aku duduk dekat sa dulu tengah hari panas gila, tgk2 petang elok je ujan
sapa sugar daddy kau? ada nak pasang anak ikan sorang lagi tak?haha
wahhh dah pakai disqus. hahaha *teruja
yup2..hehe..angin nk gn disqus dtg blk
ko dok mane smpi xde ujan lgsg?
ngeee.
aku rase ade jgk ujan.
tp renyai2. tak renyai2, lebat tp sekejap je..
kalau kau menggigil lg tmbh pns lah. sbb tuh menggigil time sejuk, sebab nk perangkap haba. adoy.
Nk bg sejuk instant? Cukur semua bulu dekat badan. Sebab bulu perangkap haba gak.
haha...ko punya natang tu mmg sentiasa tidur mcm tu...mcm mana eja?hedgehog kan?
eh biasa dia tak mcm ni pn. tido normal je
sbb panas ni br dia jd cmni..yup hedgehog
kau duduk kedah ke?
tu la pasal aku dh lama gila tak tengok hujan
air tu kalau amek then bubuh megi dlm tu, kejap je megi kembang kot. heh
ada cooler? ini yg buat gua jeles ni
haha mana aku tau. ingatkan kalau buat mcm tu boleh jd kurg panas. heh
badan aku mmg licin. lgsg bebas dr bulu2 pubis yg pnjg. haha
lu duduk mana?
russia?
haha scotland lah sangat!
minah2 saleh tu mmg org panggil anak pakcik salleh kan?
selagi lu tak tutup, gua takkan tutup. heh
shah alam pelik oh kondisi cuaca dia..
tgh ari pns gila, ptg2 tetibe je ujan lebat
kau pasti ke aku laki? haha
sungai dkt sudan mmg la kering. heh
kau jgn nk berlagak dgn aku. heh
haha mood sangat naik turun skrg. rasa mcm nk period. haha
er kuala nerang ktne? terengganu ke?
umah aku lgsg tak ada angin. lg truk. huhu
dr kecik gua asuh dia jadi insan berguna di masa hadapan.
nampaknya gua gagal
comel lah sgt. tak semenggah kot
hoh dkt mana ketapi terbalik?
haha oleh kerana kuantiti org yg nk g mndi tu sikit sgt, aktiviti terpaksa dibatalkan
mndi peluh dkt rumah pn best jugak. haha
memanglah ko punya imiginasi ni dah terjejas teruk dah sigg..
bagus!bagus!
kang kalau ko punya daya ingatan dah jadi macam opah timah sure cucu cucu ko pun happy je dengan kau kan??
bagus!bagus!
tapi memang weyh! kat singapore pun bapak punya panas..
tak lalu aku nak duk umah, aku keluar tidur dalam kereta lagi bagus..
hahah..kiut giler si joni tu tido kan..heheh
skang mmg panas sngt..peh..skang ni pon rase nak demm..tekak da mule rase perit2 jek..adess..panas dunia kan..hoho
Post a Comment