Selamat siang semua.
Sempena dengan anniversary tahun ke 5 aku dengan Huda semalam, aku dengan susah hati kena menukar status relationship di FB.
Ini bermakna, status aku yang Married to Mohammad Akmal terpaksa ditarik balik. In layman's term, aku kena bercerai dengan Mohammad Akmal yang dicintai sepenuh jiwa raga tulus mulus itu. Walaupun Tuhan tak suka orang cerai berai, tapi demi kesejahteraan sejagat, aku terpaksa.
Mahligai yang dibina bersama, bahtera yang dilayari bersama selama ni hancur berkecai begitu saja.
Rumah harga juta-juta, kandang babi, kilang proses babi dalam tin, estet-estet, Bugati Veyron, Yacht, semua akan dibahagi mengikut hukum syarak. I harap sangat I dapat semua. Uolls doakan ye I menang semua hak.
I pun harap dekat mahkamah nanti I dapat hak penjagaan anak.
Anak kami kesah ke tak? Langsung tak. Terlalu sibuk sangat kerja di Freescale, sampai rumah apa jadi tonggang-langgang macam mana pun tak tau. Sejak asyik kalah main game bola dengan I, memang jarang sangat balik rumah. Takut lah tu.
Ini sisipan dari perbincangan di Facebook.
Tengok, senang-senang saja dia jatuhkan talak. Diukur dengan tahap mana performance Manchester United pulak tu. So memang Man U menang semalam. Dan I dijatuhkan talak 2. Jantan celaka!
I geram, I pun hantar lagi komen.
Sayang, I'll see you in court!!
Celaka punya jantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 journeyed together:
Post a Comment