Dulu aku ada buat entri pasal petanda yang ditinggalkan oleh penunggu rumah dekat rumah sewa aku. Kalau kau rasa rajin nak baca boleh kelik sini.
Kali ni ada lagi yang dia tinggalkan, tapi bukan dekat rumah aku. Kali ni dia target rumah sewa kawan aku pulak. Aku ni dalam berani tak berani saja tunjuk petanda tu dekat sini.
Gila kau, ingat tak takut ke dia kacau tengah-tengah malam? Cuba bayangkan kau tengah sakit perut nak berak malam-malam, lepas bukak lampu jamban terus kau nampak benda tu? Kalau aku sanggup pergi berak depan rumah lagi, dari kena tahan mata dari melihat penunggu tu.
Benda-benda macam ni bukan boleh buat main. Aku dengar orang boleh jadi gila sebab kena kacau dengan benda-benda ghaib ni. Aku mula-mula dengar cerita diorang je dan tak percaya, tapi lepas merasa sendiri baru aku tau.
Tu la, orang kata jangan cakap besar.

Mari kita singkap balik apa yang dia tulis, supaya senang pada siapa yang rabun untuk baca dengan lebih jelas.
"Melancap memang sedap & best...
Lagi best melancap dalam tandas yang bersih.
Rajin-rajin lah cuci tandas. he. he."
Itulah apa yang ditulis oleh penunggu rumah tersebut. Dilihat penunggu cuba untuk bermesra dengan isi rumah dengan meletakkan ayat gelak comel di bahagian hujung ayat. Mungkin penyedap bicara mungkin.
Petanda di atas bukan setakat tu saja. Aku nampak ada tulisan kecil di bawah ayat penunggu tersebut. Aku fikir mungkin untuk beri penjelasan tentang siapa dia.
"Penulis adalah seorang yang bergiat cergas dalam aktiviti seperti diatas. Oleh itu berhati-hatilah anda semasa melakukannya."
Bila difikirkan balik, betul juga apa dia cakap. Mana syok melancap dekat tandas yang busuk. Nak buang air money (baca: air duit) pun rasa sayang, sebab jatuh dekat tempat yang tak elok. Heh.
Renung-renungkan, dan selamat beramal.