Jul 14, 2010

.konversasi gadis indie

Selamat siang semua.

Lepas habis kelas German tadi, aku laju-laju jalan cari elevator untuk balik ke rumah. Mengantuk ya amat. Dari beberapa jam lepas

Semasa tunggu elevator sampai, aku sempat lagi jeling-jeling gadis-gadis yang turut sama beratur tunggu elevator. Boleh tahan besar. Tekun aku kaji, dan sekejap saja aku dalam lamunan, tapi aku sempat lagi beristighfar menyesal.

Ada 2 orang gadis ni. Pakaian ala-ala urban dengan baju gaya yuna, dengan cardigan grey menjulur sampai ke bontot. Memang gadis tudung indie lah. Muka pun boleh tahan comel.

Kalau tak teringatkan Huda di kampung halaman, lama dah aku tegur gadis-gadis tu. Orang dulu-dulu kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Heh.

Bila elevator bukak, kami semua masuk. Aku tengok semua menuju terus ke tingkat paling bawah. Hanya ada satu lampu merah yang menyala menunjukkan 1 di skrin elevator.

Jauh lagi perjalanan. Dari tingkat 8 ke 1 boleh ambil masa 2 minit kalau keadaan cuaca tak mengizinkan, contohnya yang gatal-gatal tekan salah tingkat. Bila pintu elevator terbukak tak ada sorang pun nak keluar, memang rasa nak bagi makan kaki bercagu aku ni sapa yang gatal-gatal tekan salah tu.

Bila sampai tingkat 4 aku dapat bau sesuatu. Sesuatu bau haruman yang jarang berlaku di dalam elevator. Rare sungguh perasaan dia. Nak kata tengik, tak. Nak kata bau ketiak aku, tak mungkin. Mana mungkin deodorant AXE perasa Coklat (baca : promosi) yang harum ni boleh salah tindak balas dekat ketiak aku.

Bau dia memang kenal, tapi tak tau punca dari mana. Nak kata bau sedap pun tak sedap jugak. Bau bunga setanggi, lagi tak kalau mengikutkan waktu yang baru nak masuk tengah hari.

Aku cuba tahan hidung.

Dan dari anak telinga aku yang capang ni, aku ada dengar suara gadis berbisik riang.

"Weh, kau kentut eh? Busuk weh."

"Shh diam-diam la, aku sakit perut ni. Cepat balik weh, maluuu"

Kata gadis indie yang berdiri di sebelah aku. Halus tapi jelas.




Sampai tingkat 1, kedua-dua gadis indie tu laju-laju keluar meninggalkan elevator. Cukup laju, sampai yang tinggal hanya bau mereka saja.

Harum perfume campur kentut.

Aku sedut nafas dalam-dalam sambil beristighfar.

38 journeyed together:

Huda Luna said...

erkk
sian dia sakit perut
huhu

annadzirah said...

hahaha.
padanlah capang..
suka sangat dengar orang cakap.


erks.
aku kutuk ke ni?.

NARDtheNERD said...

kau jgn buat main sakit perut weyh.
kalau yang cair mmg takleh control la~..
=))

Nurul Ayu said...

kesian pompuan tu weh...ko ni len kali buat2 tak dengar je la...tak pon buat2 tak bau...

Berd said...

dah tau dia kentut asal lu tak tampar punggung dia. dia takkan marah sebab lu tak salah. yang bersalah adalah dia.

MOFASAD said...

sengal la kau.. kan aku ada ajar tips ari 2... kepit bontot dia dengan note ko. ko lupa ke?

redballerina said...

haha. boleh pulak mengaku masa tu. diam2 dah ah

nn said...

dangg! haha. turun saham.

. said...

kelas jerman?
hebat.

Unknown said...

kawan die pi tanye lak
huhuhuhu~

tuan director said...

cari bank cari bank

Anonymous said...

eh sejak bile ko pandai melucah ni parit?...dan kau pulak sigg sejak bile jadik baik sangat?...bukan time tu time tuk ko maki hamun ke?..hahaha

Anonymous said...

ahhh.kejam.
malu lah awek tu.

spoiled la member pegi tanya dlm tu pulak.hahaha

Duniakuabstrak said...

apesal ko tak ngorat dia? peluang tu..len kali ckp la.."hai saya tau awak yang kentut kan?"

siggplus said...

@Huda Luna

kalau sakit perut pun buat apa kentut. kan dah malu

telinga capang ni senang nak dengar apa orang lain cakap kot. heh

siggplus said...

@annadzirah

capang la bagus. macam radar. apa orang cakap within range selalu aku dengar. tapi kadang2 pekak nak mampos. haha

tak kutuk, nasihat.

siggplus said...

@NARDtheNERD

cuba la kontrol. malu kot kalau depan lelaki buat macam tu. jatuh gila babi saham kot. heh

siggplus said...

@@yuE

aku buat2 tak dengar la ni, sebab tu aku diam je, sambil hirup angin kentut dia dalam2. dan-dan tu jugak aku fikir modal nak karang apa dalam blog tadi. haha

siggplus said...

@Berd

lu nak gua kena sexual harassment ke? gua taknak kena buang kolej semata2 tepuk punggung orang tak kenal?

cuba lu try bg bontot lu utk gua tepuk, ada jugak faedah. win win situation kan? haha

siggplus said...

@Farid MOFASAD

weh serious aku lupa. biasala, benda2 lagha ni memang aku cepat lupa. kurangkan ilmu kalau fikir benda2 macam ni. hahaha

siggplus said...

@redballerina

dia cakap nipis saja, tapi aku masih boleh dengar. tu lah, lain kali cakap guna sms je, mms ke, video call ke, baru aku tak boleh nak detect

siggplus said...

@nn

dari elok2 gadis indie mas kawin rm20k trus jatuh jadi gadis penanggah mas kawin rm100

siggplus said...

@nizamsani

german basic saja. macam mana nak cakap lapar, macam mana nak cakap nak terberak

siggplus said...

@Ery Farieha

tu lah pasal

siggplus said...

@Wan Perlis

aku rasa dia tak cari bank, tapi pergi korek tanak, simpan kepala dalam tanah dalam2

akibat kemaluan yang sangat2

siggplus said...

@wong ah ian

parit memang kuat melucah. kau tak tau ke?

aku sekarang dah insaf, aku dah temui cahaya keimanan. tak main maki hamun dah. nak cari tangga2 ke pintu syurga saja sekarang. haha

siggplus said...

@Pije.

bukan salah aku, salahkan kawan dia yg tanya tu. heh

siggplus said...

@DuniakuAbstrak

gadis yang kentut dalam elevator berada di tangga paling bawah dalam senarai taste aku. hahah

Amir Syahir said...

penyabar orgnye lu ne..bagus2..itu penting nye one drop...si buah rozita pun pakai..haha

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

Mieza vs Rory said...

ahhahaaa....seb bek xder bunyi...klu x lagi malu dowh

siggplus said...

@hiro

si buah rozita? ok ni ayat berkaitan rozita che wan yang sangat rare. gua suka. haha

siggplus said...

@Mieza vs Rory

kalau bunyi, aku kasi flying kick terus. sangat tak sopan perangai macam tu. haha

. said...

gua syak kehidupan lu mesti penuh kesongsangan.... celaka la hidup lu nie.... meh jadi hamba gua.. masak telur goreng hari hari..

Ann said...

haha kecian....mesti malu dak pom tuh...

deus X machina said...

kentut adalah hakmilik setiap insan

ismishahril said...

itu baru dalam lif. kat bilik masing2 aku rasa dah tahap unggas sahut menyahut mungkin

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

uishhh.
mesti malu gile girl tu.
aiyaaa~~