Feb 9, 2010

.tips menambah follower yang ramai ke blog [versi untuk para gadis]

Selamat siang semua.

Semua bloggers patut tahu, kalau ramai follower means ramai traffic ke blog, dan berkadar langsung dengan earning nuffnang blog kau.

Dekat sini aku nak share tips-tips, tutorial macam mana nak tambah traffic.

Untuk para gadis :

Berperwatakan menarik. Kau mesti lah cun, bibir mungil macam Angelina Jolie, tak pun bodi kau lagi sikit cucuk botox sudah sama tahap dengan bodi Megan Fox. Kalau ada bodi macam Rozita Che Wan lagi lah bonus. Janda lagi digalakkan berblog. Sebab sekarang orang main cari janda saja. Orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Lagi banyak ilmu kau. Ilmu apa? Haa tu yang kita tak tau tu.

Setiap entri kau mesti ada gambar posing Myspace kau camera angle 35.4 darjah ke atas, dan lagi sesuai kalau mata kau bulat macam dalam cerita manga/hentai. Bulu mata kena lentik, sesuai dengan busana haute couture jenis nampak cleavage. Lagi bagus kalau kau pakai baju see thru dan menampakkan bra jenis bunga-bunga. Kalau nak ambil gambar pakai baju kurung pulak, cari jenis satin. Sebab ramai jantan pervert sukakan gadis berbaju kurung satin. Aku pun tak tau kenapa ada jugak orang berfetish begini.

Lebih seksi kau, lebih ramai follower kau. Jadi lagi famous kau, lagi banyak duit iklan kau mencurah-curah masuk. Lagi cepat lah kau kaya.

Kau juga mestilah mempunyai widget comel-comel sampai nak bukak page kau loading sampai berjam-jam. Jangan risau, buat jantan gersang, mereka sanggup tunggu. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

Gambar kau tu, kena edit bagi comel-comel. Biar lah buruk mana pun kau edit, guna paint conteng-conteng ke apa, kalau muka comel badan bergetah, orang tetap datang.

Content blog kau tak penting. Walau kau tulis mengarut macam mana pun, hari ni kau berak kencing makan tido mandi berapa kali pun, kalau dah comel, orang tetap baca.

Kau juga kena tulis pasal hari ni kau main dengan sapa, esok kau main dengan sapa. Lagi easy kau, lagi lah suka si jantan-jantan gersang tu.

Digalakkan kau tulis pasal love life kau yang hancur. Itu membuka peluang pada lelaki gersang yang kesangapan untuk masuk line. Masuk line di sini bukan bermaksud pekida ke apa, tapi untuk mengorat kau. Orang putus cinta ni selalu nak cari rebound lover. Jadi silalah menunjukkan ke-vulnevarable-an kau pada semua orang, dengan harapan ada rebound lover yang mahu mengorat kau. Then kau akan gaduh lagi, jadi ulang semua perkara di perenggan ni.

Kau juga perlu upload gambar-gambar kau di club-club malam dengan gambar di parti orang-orang kaya, dengan berpakaian mini skirt menampakkan buah dada yang seciput dua. Tak kisah, janji seksi. Dan kena ada gambar dengan botol minuman air kencing setan, atau air tin cap rimau. Untuk menampakkan kau kaya sikit, sila ambil gambar sambil tonggang Black Label ke, White Label ke, Tequila ke, Jagermeister ke.

Dan jangan lupa pasal 7 deadly sins. Apa dia? Itulah wrath, greed, gluttony, sloth, pride, lust, dan envy. Aku malas nak explain banyak, jadi kau google semua tu untuk faham. Cuma pay attention pada lust dan envy. Lelaki gersang, padan la dengan gadis horny. Jadi macam pinang dibelah dua.

Gadis, tak sah kalau tak ada catfight, jadi tulis juga hari ni kau catfight dengan sapa, esok dengan sapa. Lelaki suka baca/tengok catfight. Tambah-tambah kalau berebut pasal dia.

Itu saja untuk para gadis, nanti aku cerita untuk para lelaki pulak.

Lastly, jika kau orang Islam, abaikan semua perkara di atas.

55 journeyed together:

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hahaha sgt cool! saya sokong! :p

Ken Wooi said...

so for the girls.. it's all about the looks.. not fair for the guys huh? =P

kenwooi.com

aBoi said...

giler ah !

shahrinabd said...

panas!!..

fara said...

Hahaha.
Gelak besa aku bace...

tp tak sume blogger camni...
ade je blog yg diminati sbab penulisan die...

:)

Azrul Hisham said...

entri ni sgt2 cool...thumbs up :)

Fiffy Hazirah said...

wkakaka..baru je nak ikot 1 persatu. tgk ayat bawah skali, ok. aku abaikan. wakakakkaakakka :p

enyheartsdiamond said...

eny x minat blog camtu..

Nurul Aziz said...

uih,,hot!!

annadzirah said...

yes.
padan muka kau perempuan2 menggeletis.
tp aku xpernah jumpa blog hotchick macam tu.
T__T

Nurul Huda Rahim said...

haha. patut la followers aku tak ramai. terima kasih kerana membuat aku mengerti. haaha. ayat last paling best!

FazMelati said...

heeehe! ''Lastly, jika kau orang Islam, abaikan semua perkara di atas.'' baik, saya abaikan tapi saya suka post ini bestt

Anonymous said...

heh. nasib baik ada ayat last tu

lel said...

patutlah follower aku sikit
xcukup sexy rupanya

D'lla said...

ku piki dr awai..ayat double meaning..mmg pn..last part..i like!

khaulah said...
This comment has been removed by the author.
missy said...

coolness!!

..tiba2 gua teringat pada satu nama..siapa dia? takyah la gua sebut..hikhik

nawal said...

ahaha.. yg atas2 wat saspen jeh..

dpt earning dgn tunjuk body sme mcm.... heh. tamau ckp!

last part mmg sokong!

Drunbella Khoo said...

okay sengal.
>___<

Cipina said...

pergh..kena sebijik

MiD0ri said...

ermm.. mcm tu ke nk dpt traffic yg byk? ngeee.. bulu mate lentik? mate bulat? adess.. sadis sungguh

Unknown said...

hahaha

patotla blog aku x ramai follower. tp xpe, aku berpgg pd kate last ko.hehehe

Huda Luna said...

haha

bengong la awk ni

isk3

black_mel said...

hahaha....aku pun cari benda2 tu jugak...

Jack-O said...

!)@(#*$&%^

Dina Zakaria said...

menarik tips ni..pasni sila jenguk blog aku untuk cari perkara2 diatas...

aku Zaty said...

gilak arh!
oke aku abaikan..

Dak Wan® said...

Mana pulak ah aku nak carik mini skirt ni?

Edriena Hazelina said...

*Lastly, jika kau orang Islam, abaikan semua perkara di atas.*

eh.. naseb baek ade nasihat kat bawah tu. saye ABAIKAN. =))

Anonymous said...

haha

bengong la awk ni

isk3

entry keyword kawsap. berapa ribu masuk hari ni bang?

Huda Luna said...

oi macha ko copy ayat aku..
sekeh nnt!

hahha

saiful mohamed said...

klu aku macam mne??

NAZ said...

ayat patut berahi sikit hahah

Nurul Aina Adnan said...

haha..aku suke entry nih...tapi btolla..kalau muka cantik,ltak gambar banyak2 kat blog,memang follower ramai..itulaa yang aku dok jumpa..content blog hampeh jek..pastuh ramai pulak yg comment2..

tp x semua mcm tuh...ada juga yg penulisan dia best...tapi kebanyakannya,diminati sebab rupa jeklaa..

Jard The Great said...

otak hang mmg bergeliga la.. ahahaha...

tak sbr nk baca versi lelaki lak

Syida Shu said...

haha , ada jugak orang buat blog macam tu (;

Azah Rahaman said...

bg org pakai baju tak cukup kain boleh laa.. hihi..

FaTiN said...

perlukah aku jadi lebih hot utk tingkatkan traffic?

hikhik

Fifi Hanie said...

bila nak bg tips utuk perempuan solehah pulaaaa? haha

Daffodil D said...

awak, ayuna sexy tak? euwww~

Fathiha Zainal said...

Haha. Ok faham. :D

Masita Md Shah said...

setuju!
that's why blog saya xfamous..
huh

arekymz said...

patot la aku tgk ramai yg dah tuka gama..
ko nye keje rupe nye..

SYB said...

bes woh! ahhahaha~~

Ainee Cumi said...

Larhh patutlah belog ko semakin meningkat followernya, ko ada ciri ciri tu semua. Macam mana lahh aku boleh tak perasan?

devoted lily♥ said...

hahaha..
'lelaki gersang utk gadis horny'
quote baru..
sempoi..hahaha..

aemy said...

ni mmg permintaan guys ke hapa ni?
haha

aemy said...

ni mmg permintaan guys ke hapa ni?
haha

Rara said...

owhh,kegedikan semua ni..haha

greenhall said...

haha. ni steady! aku sokong. haha

Aiza said...

bg org pakai baju tak cukup kain boleh laa.. hihi..

nour_sheila said...

hahaha...hope ramai yg sedar dorg still islam ke ape..

Jimmy Jimboo (JJ) said...

ahaha >__<
ajeem nak wat gak ahh cm nie . nk up traffic n follower ^__^
nk tips utk para lelaki pulekk .. plissshh . .

A said...

haha, tak boleh blah! XD

Urology Surgery in India said...

Great post and thanks for sharing....