Nov 25, 2009

.tutorial lagi

Selamat siang semua.

Macam yang aku janjikan semalam, hari ni aku nak buat tutorial macam mana nak enable right click dekat blog yang disable dan cara download file dari website free dengan senang.

Ok kita start dengan enable right click dulu. Cara dia senang saja.

Kau right click dekat sini, dan kau bookmark link ni. Tak kesah la kau pakai browser apa pun, tapi setahu aku benda ni boleh guna untuk semua browser. Cara guna dia, bila kau bukak website yang disable right click, kau just bukak balik tempat yang kau bookmark tu, then tekan.

Dia akan automatic enable balik right click. Sila try, kalau tak boleh bagitau aku.

Maybe certain bloggers disable untuk protect benda-benda penting macam gambar and such. So guna benda ni responsibly ok. Jangan nak salahkan aku kalau owner blog tu marah kau curi gambar dia. Heh. Nak-nak gambar bogel dia.

=========================================================

Ok tutorial yang kedua untuk download file dari website free. Macam yang kau tau sendiri la kan, biasanya website-website free ni leceh. Ada download queue la, keluar popup iklan la, nak download tu kadang-kadang ambik masa lama. Aku pun naik menyampah gak kadang-kadang iklan keluar banyak gila. Tambah-tambah kalau nak download dari Ziddu.

So aku ada solusi untuk kau download dengan senang.

Benda pertama kau kena buat is download ini. Nama dia Rapidshare Downloader V0.82.

Lepas kau download, kau extract to folder. Then kau launch frd.exe. Make sure kau sudah ada Java version latest, kalau tak frd.exe ni takkan launch. Kalau belum ada Java latest version, sila download di sini.

Aku assume kau sudah launch mentang frd.exe ni. Ok kau pergi dekat mana-mana link tak kira la Rapidshare ke, Ziddu ke, Mediafire ke, semua dia akan detect. Aku rasa hampir semua boleh detect, kecuali Redtube dan Youtube. Heh.

Link yang dari website-website tu, bila kau copy link dia, Rapidshare Downloader ni akan automatic detect link tu dan masukkan ke dalam program dia. So apa yang kau kena buat just select directory kau nak dia download dekat mana dan picit button start. Settle. Kau tunggu saja dia download sampai habis.

Dia juga akan detect multiple links. So kalau kau nak download banyak-banyak, kau just copy link semua link yg kau nak download tu, lepas settle Rapidshare Downloader akan tunjuk semua link yang kau copy, dan step dia sama saja macam dekat atas tu. Kau just click start.

Kau nak queue download banyak mana pun, kau queue saja. Menatang ni akan download semua untuk kau. Ada yang boleh pause download, ada yang tak boleh. Aku pun tak sure macam mana.

But take note, website macam ziddu yang ada word verification, kau still kena masukkan word verification dia dekat dalam Rapidshare Downloader tu.

Ok tu je kot, kalau tak faham, tinggalkan komen dekat aku.

Lepas ni lagi la senang kau nak download .3gp melayu terbaru kan? Heh.

Sila ucapkan terima kasih dengan klik nuff aku. Haha.

Dah lama aku tak update siri "Sepetang Bersama Opah Timah" kan? Opah Timah tak ada dekat umah aku sekarang. Dia sekarang dengan mak Elya lak. Kau nak cerita lagi, kau pergi tanya dia.

0 journeyed together: