Nov 29, 2009

.sigh

Selamat siang semua.

Sudah 2 hari aku private blog. Terketar jugak tangan nak menulis sumthing, tapi tahan. Aku kan egois.

Ya, aku seorang yang suka lari dari masalah. Aku adalah pengecut, aku bacul. Mungkin aku perlukan sepasang testis, atau sepasang buah dada untuk jadi lebih kuat.

Aku lemah. Aku mengaku kelemahan aku.

Dan aku tak mahu minta simpati siapa-siapa.

Orang semua nampak aku salah. Aku ditempatkan sebagai pesalah. Jadi mari semua hukum aku. But the fact is, you should hear both explainations. Bukan dari satu pihak saja. Cuba jadi neutral, dan dengar. Jangan judge seseorang itu selagi kau tak dengar dari kedua belah pihak.

Sigh.

Dunia realiti bukan seperti fairytale ending.

Bukan semuanya kau dapat pengakhiran yang menggembirakan. Aku bukan Barbie. Apatah lagi babi.

Aku sedih. Bukan sebab ni, tapi sedih tengok cerita Taubat Nasuha semalam. Memang sangat menyayat hati. Meruntun jiwa.

Dan pada semua yang tengok Nur Kasih semalam, macam tu ke ending cerita Islamic? Berpelukan sesama lelaki perempuan. Bukan muhrim? Itu cerita Islamic yang baik? Pui. Baik aku tengok Gossip Girl, atau Victoria's Secret Spring/Summer fashion week. Input masih sama.

Buka dada, tanya selera.

Kulit sama hitam, hati lain lain.

Aku salah semua. Aku kan jahat.

Cinta itu menyeksakan. Kawan?

Aku bersyukur aku ada kawan yang baik. Yang boleh meredakan semua kekusutan. Kawan masa susah dan senang. Terima kasih semua.

Ini message yang aku save dalam handphone aku sejak dulu lagi.

Cinta tanya pada Persahabatan, "Kenapa kau diperlukan sedangkan mereka sudah ada aku?"

Jawab Persahabatan, bersahaja, "Kerana aku berikan mereka senyuman ketika kau berikan kekecewaaan"

Renung renungkan, dan selamat beramal.

0 journeyed together: